Jul 12, 2010

Si Duta Kecil

Comel


Ini anak bongsu saya, Zarif. Si comel yang sedang dalam belajar untuk faham karenah abangnya yang istimewa. Ya, baru mencecah 4 tahun, tapi dia seolah-olah nya faham tentang cabaran yang sedang Abil hadapi.

Bagaimanapun, umur 4 tahun masih belum cukup matang untuk adik Zarif faham kenapa abangnya perlukan lebih perhatian.

Sepertimana kak Dina men'dewasa'kan dirinya secara semulajadi (tanpa paksaan). Saya percaya adik Zarif juga akan melalui proses yang sama. Sebetulnya, mempunyai adik beradik autisme bukan isu remeh. Sebanyak mana saya dan suami 'berkorban' untuk Abil, sebanyak itu jugalah yang kakak dan adik terpaksa 'berkorban' untuk Abil. Kadangkala, ia-nya berlaku secara sukarela dan tanpa disedari. Ada masanya, 'perngorbanan' yang perlu dilakukan dibuat dengan muka yang muncung dan separuh hati. Apapun situasinya, saya tak pernah jemu menerangkan dan cuba berdiplomasi. Rasanya, bila besar nanti, anak-anak saya pun layak menjadi duta kecil autisme (InsyAllah).

Oh ya! Sabtu lepas, kami ke Hutan Bandar Mutiara Rini, Skudai (Earth Day 2010, anjuran SR). Yang best, kami masuk Walk Hunt dan jadi pemenang 20 Tempat Pertama (tempat ke 13). Alhamdulillah, dapat bawak balik hamper dan goodie bag, selain puas bermandi peluh dan 'membakar diri' bawah cahaya matahari terik jam 10-12tengahari. Tema pakaian, putih dan hijau sebab nak meraikan hari Bumi. Memang enjoy la walaupun kami sampai lewat.


Sepanjang hari, Adik Zarif tak lekang dengan medal yang kami dapat. Yang sedihnya, Abil tak dapat ikut kerana terpaksa hadir sesi terapi sensori mingguannya. Tak apa Abil, ada rezeki, tahun depan kita pergi sama-sama.



Autisme dan spektrumnya.
Sila jenguk sini."

6 comments:

keen said...

pity abil...:(
n adik jar..haha, mmg bdak itam blk! eh, die ok ke dok kena panas tu..xde nose bleeding ??? aaaa, x sabar tunggu korg blk bsok!

ja amran said...

aku mmg kagum dgn family korg. and i think your children are proud to have you and hubby as their parents :)

btw, take care of yourself sebab ko nampak penat --mebi sebab kepanasan ehehhe..

Mahani Muhammad said...

Tak pernah lagi jumpa dgn kanak2 autisme ni. Tapi pernah dgr cerita, ada kanak2 autisme yg berjaya bila kena cara didikannya. Insya-Allah. U can do it.

Syahida said...

keen, so far no 'nose bleeding' tp petang sabtu tu, mmg adik Jar pancit gilerrr....pastu la ni, kena flu pulak...sigh

Syahida said...

Mek Ja, our children only have us...and hence, the effort to fulfill the expectations and responsibility. we r far from being the best parent but we r striving towards it, insyAllah.

btw-> ko bukan yang pertama bg aku komen penat tu...and yup, mmg sangat panassss!hehehe

Syahida said...

mahani, terima kasih atas komen. dah semakin ramai anak autisme sbnarnya hari ini. Memang betul kalau autisme spektrum ringan (i.e mild autism) memang boleh membesar spt individu normal (walaupun sedikit lambat) kalau dilatih secara intensif sejak kecil. doakan saya ye! :-)