Sep 3, 2010

Abil vs Zombie

Gambar google

Abil pandai menaip dengan keyboard komputer.


Abil juga sudah boleh menggunakan mouse.


Selepas entri ini dan ini, Abil seakan-akan hilang minat pada komputer selepas beberapa hari. Mungkin sudah bosan.

Sejak minggu lepas, rumah saya sedang dilanda 'wabak' game Plants vs Zombie.
Kak Dina, adik Zarif termasuklah TukMi dan TukAyah (sejak semalam) sedang sibuk bermain.


Dua tiga hari ni, Abil pulak sama-sama 'terjebak'. Selama ni, dia cuma jadi pemerhati. Pada awalnya, susah juga kak Dina mengajarnya menggayakan mouse. Tapi akhirnya Abil berjaya. klik, drag dan serang zombie.Sebelum ini, dia tak mahir dengan mouse. Jadi, saya betul-betul terperanjat bila tiba-tiba dia sudah cekap dan sekarang semakin memahami rentak game ini (walaupun pada awalnya, dia sekadar menyusun objek-objek dalam game itu tanpa mengetahui misi sebenar game).


Seperti biasa, saya yang over jadi tukang sorak. Encik suami pulak jadi tukang gelak.


Gambar google

OK ker bermain game?

OK, dengan syarat JANGAN bermain tanpa had.


Boleh membantu mengurangkan stres, mempraktikkan koordinasi tangan dan mata, kemahiran motor halus dalam menggunakan mouse, meningkatkan konsentrasi dan juga mengasah minda untuk merancang strategi. Untuk Abil, saya gunakan juga peluang ini untuk menambah kosa kata sambil menyebut nama setiap objek yang terpapar dalam game.

Sekurang-kurangnya juga, Abil sudah ada aktiviti sendiri. Dia boleh duduk sehingga dua ke tiga jam bermain game ini. Setakat ni, bila disuruh berhenti, tak ada masalah. Cuma, selagi dia belum puas, dia akan sambung main semula. Takpe, saya nak tengok sampai bila musim Plants vs Zombie ini akan berakhir.

Saya lega juga bila tengok dia boleh fokus untuk jangkamasa yang panjang. Ini bermakna, dia boleh fokus kalau dia betul-betul berminat. Cuma perlu cari bahan yang menarik minatnya.
Plants vs zombie. Game yang simple, watak-watak game yang comel dan menarik, sesuai untuk semua golongan. Iklan percuma. hehe

4 comments:

Azma said...

Perkembangan yg positif tu.. Syukur dia dpt concentrate utk jangka masa yg tertentu. Cam menarik je game tu. Boleh SAYA try main gak cam ni..hihi..

keen said...

pdn ar sumer2 pn da giler dgn lagu ni...kuikuikui

Syahida said...

Azma, memang perkembangan positif. Game ni pun memang SANGAT menarik..tanam pokok2 utk bunuh zombie. kena cuba sendiri baru tau..hehe

Syahida said...

keen, aku pon dah terjebak...huhuhu