Sep 23, 2010

Jom ke Bukit Cherakah!

dari google

Anak autisme. Anak hiper. Mereka perlu pengawasan rapi. Mereka perlu perhatian setiap masa. Anda perlu SANGAT kreatif dan sabar semasa mengendalikan mereka.

Mencabar tapi ia BUKAN misi mustahil. Anda biasanya memerlukan pembantu untuk mengendalikan mereka. Lebih ramai pembantu, lebih baik.

7 tahun bersama Abil, saya dan ahli keluarga yang lain 'sudah masak' dengan karenah dan ragamnya. Kami sudah boleh melihat dan menjangkakan setiap rentaknya. Kami juga tahu bagaimana untuk tackle perhatiannya. Kami juga seolah-olah sudah faham dan tahu caranya berfikir.

Kemahiran-kemahiran ini SANGAT penting dalam mengendalikan anak hiper. Ini kerana mereka selalu bertindak di luar jangkaan. Bagaimanapun, kemahiran-kemahiran ini tidak datang sendiri. Biasanya, anda belajar melalui pemerhatian dan pengalaman bersama mereka.

Jangan 'simpan' anak-anak anda di rumah (walau apa pun alasannya). Jika ini berlaku, simpati saya pada anak terbabit. Beri mereka peluang. Jangan jadikan 'kemalasan' anda untuk menidakkan hak mereka untuk melihat dunia luar dan belajar (peringatan untuk diri sendiri juga).



Jom ke Bukit Cherakah!



8 comments:

Emmy said...

bina badan la semua dlm family ye? hehehe. anak kecik sy pun telebih zat aktif dia. mmg pancit mak ayah nak mengawal.

Syahida said...

emmy, pancit tu toksah cerita. nak tahu rahsia mak nya kurus kering? hehe inilah dia. Ini pun dah banyak kurang hipernya. kalau dulu, lagila...pengsan! :)

iCaLoVeZiE said...

kalau ica yang gemuk ni kejar abil, mesti kurus kan? hehehe

Syahida said...

ica, awak kalo kna jadik babysitter dia, dalam masa seminggu dua bley slim kot..hehe (by the way, gemuk ke ica ni? ok je nampak..) :)

Non said...

sy bangga ngn akak..dedicated mother..hehe..

Syahida said...

mekasih la non. penat juga nak jadik dedicated mother ni. kadang2 mak pancittt...haha

maya amir said...

syida.. camne kite nak tau anak kite autisme?

Syahida said...

maya, susah sbnarnya. biasanya simptom nampak sekitar umur 2-4 tahun. ada yang tak perasan hgga anak dah masuk 6-7 tahun(bila nak masuk sek).

tanda paling ketara, dia tak respon pada panggilan nama, very minimal atau takde eye contact langsung, very attach pada certain objek, perlakuan2 'pelik' macam suka rocking badan/anggota badan berulang2, susun barang/mainan secara melintang, tak suka rutinnya ditukar and tantrum (protes/menangis) yang sangat luar biasa dasyatnya.

banyak lagi, kena tengok entri related to autism or google. most importantly, kena rujuk pakar. the best is, seek more than 1 expert's opinion (to be sure).

thanx for asking :)