Sep 4, 2010

Jom Kemas Rumah!

Aktiviti mengemas menjelang raya, perkara biasa. Yang luar biasa ialah bila tiga orang 'askar' saya sibuk nak tolong sama. Tahun-tahun lepas, mereka buat tak kisah aje. Mungkin tahun ni mereka dah lebih 'matang'. Tapi rasanya semangat nak menolong timbul kerana gajet baru kami, vacuum cleaner.

Vacuum
baru yang tidak terlalu canggih, tidak mahal dan biasa-biasa aje. Tapi sangat comel dan ringan sehingga hobbit-hobbit saya sibuk mengangkatnya ke sana ke mari. Berebut-rebut nak sedut habuk sana sini.

Sengaja saya biarkan mereka enjoy dengan vacuum tu. Saya perhatikan saja setiap gelagat mereka dan gelak dalam hati.Si kakak dengan gaya ketua pengawas AJK kebersihan pula kali ni. Abil pulak dah tak takut lagi dengan bunyi vacuum, sebaliknya sibuk membelek dan memandang vacuum seolah-olah ia alat yang penuh misteri dan magik. Adik Zarif pulak jadi tukang sibuk seperti biasa.


Nak tengok gelagat mereka, jenguk kat bawah ni....

Dah puas sedut habuk, mereka 'sedut' diri sendiri pulak;
baju, kaki, tangan, pipi, dagu, dahi.....haihhh!

Sehinggalah saya menjerit, "Sudaaaaahh! Dahhhh! kotor la........" ~erk


14 comments:

keen said...

bsok leh tlg gotong royong umh mak tok lak ar ;D

Syahida said...

aiyo...ini idung sudah berair la dok main habuk sehari dua ni...huhu

YatieJay said...

Syahida, vaccum kita kelihatan sama la! Tapi lain warna...

Saya pun baru nak start mengemas rumah this weekend. Kalau kemas dari awal, alamatnya bersepah balik lah dikerjakan Naufal.

p/s : suka tengok anak-anak syahida...rapat dan boleh bermain sama2. Tak pernah bergaduh ye?

Azma said...

Raya dah dekat itulah rutin utama skrg. Sukala anak2 syahida dpt menolong emaknya walaupun dlm masa yg sama dah jadi waktu utk bermain.:D Janji kemesraan adik-beradik dpt dipupuk kan?!

iCaLoVeZiE said...

nanti kemas umah aunty pula ya?

Syahida said...

yatie, rumah kitorang ni tukang sepahnya 3 orang....semangat main je lebih tu...kemasnya belum tentu.

bergaduh? ohhh...wajib. main sama2 no.1, bergaduh pun juara..

Syahida said...

azma, main2 macam ni memang dorang suka sangat..tp kalau main 'role play' (macam cikgu2,masak2) Abil tak reti....memang seronok tgk dorang main sama2, sebab tu saya biarkan aje dan jadi penonton...hehe

Syahida said...

auntie ica, tolong kemas? tolong sepahkan buleh la...hehe

maya amir said...

heheh..meh dtg umah auntie ni..penats nak kemas..hehehe.. syida, selamat hari raya ye.. 0-0 ek, kot2 terslh bahasa.. jemput dtg umah meh:)

Syahida said...

maya my online fren, sama la ye...ampun maap kalau ada terkasar bahasa. insyAllah kalau ada rezki nanti kita jumpa..

SitiNur said...

Hehehhe. Membantu sungguh gadget baru ni eh! :)

Lenny said...

wah.. rajinnyer anak2 akak... anak saya rajin sebok... lagik lambat wat keje ada lah..

Syahida said...

ira, obsesi pada gajet baru biasanya bermusim. ntah sampai bila la tu..hehe

Syahida said...

lenny, nampak je cam 'rajin' ..sbnarnya sebok je! hehe