Sep 21, 2010

Kisah Bukit Merah (episod 2)

imej google


Kali kedua ke Bukit Merah. Dalam episod 1, kami tak sempat khatam keseluruhan taman. Kali ini, anak-anak saya betul-betul melepas gian enjoy di Taman Tema Air, AgroPark dan Pulau Orang Utan.

Banyak betul 'drama' yang berlaku dalam episod 2. Dipendekkan cerita, babak pertama, perut kak Dina memulas semasa sesi mandi manda sehingga berlaku 'kemalangan ngeri'. Kemalangan yang 'kecil' tetapi cukup busuk baunya mengerikan..haha. Jangan risau, tiada yang 'terkorban' dalam insiden ini. Yang pasti, beberapa individu 'tercedera' hidungnya akibat 'letusan gunung berapi' di dalam perut kak Dina..hehe.
Babak kedua, Abil 'hilang' beberapa minit. Minit-minit yang cukup 'melemaskan' saya walaupun singkat tempohnya. Hanya kerana encik suami beredar sekejap, meninggalkan Abil di bawah pengawasan TukAyah, Abil ambil peluang untuk 'cabut lari' dari kawasan pengawasan kami.


Saya yang memerhati dari tepi (kawasan kolam) sempat melihat bagaimana Abil 'memecut' untuk pergi ke kawasan lain di dalam Taman Tema Air. Sementara TukAyah berjalan menuju ke arah Abil, saya masih tak lekang memerhatikannya. Saya tak mampu mengejar kerana Zarif bersama saya.

Akhirnya, saya tinggalkan Zarif bersama TukMi dan terus pergi mendapatkan Abil yang sudah semakin jauh berlari meninggalkan lokasi kami. Mujurlah saya berjaya mengesannya.

pinjam dari google


Babak ketiga, saya terpaksa naik chair lift. Saya gayat pada tempat tinggi. Cuba juga mencari alasan untuk mengelak daripada naik chair lift tapi akhirnya terpaksa mengalah dengan permintaan Zarif yang tak mahu naik dengan orang lain selain saya atau kakaknya. Takkan nak biarkan pula Zarif naik berdua dengan kak Dina (sangat tidak selamat untuk dua orang budak di bawah umur). Kesimpulannya, saya 'mati keras' atas chair lift sementara Zarif duduk dengan penuh rilek sekali.

Anak-anak saya sangat puas hati dengan lawatan episod 2 ni. Mereka sempat bagi makan haiwan di AgroPark dan seronok naik bot ke Pulau Orang Utan. Paling seronok bila naik bot, pakai safety vest! haha

Kak Dina tak sabar nak tunggu episod 3. Mungkin juga episod yang terakhir sebab selepas episod 3, segalanya akan jadi hambar (macam Akademi Fantasia...opps!). Kenapa kak Dina nak pergi lagi? Dia nak tengok anak rupa dan keadaan anak orang utan yang sebaya dengannya (9 tahun) beberapa bulan/tahun dari sekarang...hehe.






4 comments:

mina said...

Syida,

Wow seronoknya...nanti kita pakat sama2 joint the trip ya..:)

Azma said...

memang best ye gi Bukit Merah ni ye? Saya selalu pening nak cari tmpat baru tuk jalan2. Boleh cdg kay Mr Hubby la pas ni..

Syahida said...

Makcik,
doa2la hajat kita nak holiday sama2 tercapai..

Syahida said...

Azma, cuba la ke sana...saya dah pergi 2x.setakat ni, memang puas hati :)