Sep 26, 2010

Spektrum Abil

Gambar google
Tahun 2006
umur 3 tahun


Simptom:

hiper (tapi tidak agresif)
tidak respon pada panggilan nama
tiada eye contact
lambat bercakap (speech delay)
suka memusingkan objek
tidak suka rutinnya ditukar (sangat rigid)
sangat berminat pada kipas dan sebarang objek yang berpusing
bahagian telinga/kepala dan abdomennya sangat sensitif
bahagian tapak kaki pula tak sensitif langsung (hypo)
suka menyendiri

Tahun 2010
umur 7 tahun
Simptom:

masih hiper (kurang ligat tapi sukar fokus)
mula bercakap(1-3 patah perkataan) tapi sangat kurang berkomunikasi
eye contact
masih minima
masih suka memusingkan objek
mempunyai obsesi tertentu (tapi bermusim)tantrum (menangis/marah) yang keterlaluan
mencederakan diri sendiri bila marah
(menghantuk kepala pada dinding, menggigit jari-jarinya, mengetuk kepala sendiri)
mood yang tidak menentu, juga bermusim
agak fleksibel, kadangkala masih rigid


Perkembangan dulu hingga kini:
(secara ringkas)

bercakap perkataan pertama pada umur 4 tahun
Kenal huruf, kenal sukukata, kenal sehingga 50 ejaan perkataan
kenal nombor 1-30
boleh berbasikal, skuter
boleh ke tandas sendiri
(dilatih pada umur 4 tahun, stabil pada umur 6 tahun)
boleh dengar arahan dengan baik
respon pada panggilan nama
(memberi eye contact, menghampiri pemanggil tapi tidak menyahut)
boleh menggunting, menulis dan mewarna dengan baik
(walaupun tidak kemas)
boleh makan sendiri
boleh membantu kerja-kerja rumah
boleh duduk membuat aktiviti
(dengan syarat; sesi yang singkat dan aktiviti dipelbagaikan)
lebih peka pada persekitaran
faham perbualan dan berminat menonton rancangan TV
boleh bermain computer game
(menggunakan mouse)
boleh menendang, membaling dan menangkap bola dengan baik
boleh berada dalam kelompok rakan sebaya
(walaupun masih tidak berkomunikasi)


Apapun label atau diagnosisnya tidak penting. Diagnosis membantu kita bertindak dan membuat keputusan. Diagnosis memberi kita panduan. Diagnosis juga adalah satu petunjuk. Yang paling penting, terus hantar anak untuk latihan intervensi awal (early intervention). Lebih awal, lebih bagus. Jangan buang masa. Jangan tunggu-tunggu. Penantian adalah satu kerugian.

Ibubapa harus tambah ilmu. Di Malaysia, tempat-tempat latihan anak istimewa, khidmat terapi dan rawatan seumpamanya agak terhad kecuali untuk mereka yang berada di Lembah Klang. Sedangkan bandaraya sebesar JB pun, kemudahan untuk anak-anak sebegini masih sangat menyedihkan. Kos latihan dan rawatan juga agak tinggi. Jadi, ibubapa harus belajar untuk melatih sendiri anak-anak di rumah. Kalau betul caranya, ia lebih jimat dan lebih efektif.

Tadika biasa/prasekolah khas/montessori/kelas pendidikan khas/kelas biasa/homeschool? Mana satu nak pilih? Tepuk dada, tanya hati. Asalkan serasi dengan anak anda, asalkan anda dan guru-gurunya komited dan memahami, asalkan anda sentiasa memantau dan melibatkan diri dalam perkembangan anak anda, mereka akan menunjukkan perubahan positif, insyAllah. Buang sikap malas dan lepas tangan, tanamkan semangat berkorban dan JANGAN pandang belakang. Terus pandang ke depan dan sentiasa berusaha.

Oh ya, perbaiki juga hubungan anda dengan Tuhan kerana segalanya di tangan-Nya.

Sekian :)

2 comments:

iCaLoVeZiE said...

wah. kena buat entry macam ni untuk ayesha. jadi boleh ingat ape perubahan dia

Syahida said...

ica, dipersilakan :-)