Oct 21, 2010

Bila Abil bermain (episod 2)

Sesi bermain diteruskan. 15 minit pada minggu pertama, 30 minit pada minggu kedua. Minggu ni sudah masuk minggu ketiga. Kononnya nak tambah sesi ke 45 minit. Bagaimanapun, disebabkan kesihatan Abil yang tak berapa baik minggu ni, saya tangguhkan rancangan. Yang penting kualiti, bukan kuantiti.

Semalam, tiada sesi bermain. Abil demam. Saya biarkan dia rehat. Kalau dipaksa pun tak ada manfaatnya.

Oleh kerana sesi bermain berlangsung hampir setiap hari, kalut juga saya memerah otak memikirkan apa nak main.

Tuan-tuan dan puan-puan, sesi bermain ni BUKAN sekadar berseronok semata-mata. Sambil berseronok, Abil belajar meminta(request), meniru(imitate), mengambil giliran dan menunggu(take turns) dan mengenal perkataan baru.

Abil suka guli. Abil juga sangat suka permainan hammer + bola. Untuk kelainan, saya gunakan bekas permainan tersebut untuk bermain dengan guli, ala-ala macam main congkak pulak (versi mini). Bagus untuk kemahiran motor halus juga. Abil berlatih menggenggam guli-guli itu dan memasukkannya ke dalam lubang-lubang kecil.


Mainan ni dah lama ada dalam simpanan saya. Ada 3 ketul semuanya; Mr Potato,Mr Carrot dan Mr Corn. Kegemaran Zarif tapi bukan kesukaan Abil. Bagus untuk koordinasi tangan dan mata. Dulu, bila diberi tangan Mr Potato, yang dia buat, gentel-gentel dan pusing-pusing. Sekarang, dia dah tahu cara yang betul untuk bermain.


Abil suka main puzzle. Setakat 4-6 keping, insyAllah tiada masalah. Lagipun dah berkali-kali dia main puzzle ni sebenarnya. Banyak lagi dalam simpanan. Cuma, untuk menarik perhatian Abil, saya pilih yang dia berkenan. Untuk sedikit cabaran, saya campur adukkan semua kepingan untuk 3 gambar yang berlainan. Dia khusyuk dan berjaya buat semuanya.


Sekali lagi, menggunakan guli. Peralatan tambahan, mangkuk dan senduk. Masukkan saja guli ke dalam bekas. Kemudian, ceduk dan ceduk. Seronok, sambil membaiki kemahiran motor halusnya. Abil dah pandai pegang sudu atau senduk. Tapi masih belum sempurna. Latihan yang bagus untuknya.


Ini permainan baru, hanya RM15, Monkey Around. Saya pilih sebab ia simple, hanya gantung-gantung monyet dan pisang pada pokok pisang. Bagus untuk koordinasi tangan dan mata. Menarik juga, pokok kelapa boleh dipusing-pusing sehingga monyet terjatuh. Juga satu simulasi pada alam sebenar. Monyet, pisang dan pokok pisang, sangat sinonim.


Kalau boleh setiap sesi Abil nak main playdoh. Kadang-kadang saya ikutkan, kadang-kadang saya sorokkan. Untuk mengelak kebosanan, saya belikan roller pin baru dan juga acuan karipap. Tengok tu, dua ketul karipap oren...haha. Oh ya, saya juga sediakan playdoh dalam warna-warna yang berlainan. Hanya satu warna pada setiap sesi. Kalau rajin, boleh buat playdoh sendiri, macam di sini.


Ini set kayu Jenga. Saya beli yang berwarna. Juga permainan lama dalam simpanan. Abil sangat TAK suka main blok kayu ni. Saya cuba tackle dia perlahan-lahan. Kami main dengan versi kami. Dia suka susun secara melintang. Saya cuba ajar dia buat lingkaran dan belok-belok.


Mainan-mainan lain, kipas berlampu untuk reward. Selain itu, bola ragbi mainan (lembut dan lebih kecil berbanding bola sebenar). Bosan juga asyik main bola biasa. Dia sangat suka. Juga, mainan doodle.


.....bersambung.

12 comments:

keen said...

go abil go abil GO!!!

Mahani Muhammad said...

wow...byknyer mainan dia ^o^
moga abil cepat sembuh...nanti boleh sambung belajar sambil main ;)

Syahida said...

keen, good cheering! :D

Syahida said...

mahani, buleh tahan gak la...terpaksa buat 'pelaburan sket'. itu pasal la selalu menjengah kedai RM2. tapi ada juga beli yang berjenama, sebab nak pakai lama..dari zaman kakak sampai ke adik. Alhamdulillah tahan2 belaka kalau disimpan dengan baik.

tq auntie mahani. mak risau ni...kalau demam lebih 3 hari, takut demam luar biasa.Harap2 cepat sembuh :)

Azma said...

Kreatif syida.. saya pun x serajin tu main ngan hasif. Kena ikut jejak langkah ni..sbb hasif pun nak naik tren yg laju gak..:)

Syahida said...

Azma, jom la meng'kreatif' dan merajinkan diri. Untuk umur Hasif, memang cantek sangat kalau dimulakan sekarang. Kiranya ni play therapy..sangat sesuaiii untuk anak2 umur 2-6 tahun. jangan tunggu lama-lama, masa tak menunggu kita..hehe

maya amir said...

abil yg semakin bijak:)

Syahida said...

tq for the doa, auntie maya! :-)

iCaLoVeZiE said...

bila baca blog akak selalu ica rasa nak berhenti keje. tapi akal kata tak boleh. :(

kalau akak dekat, time keje hantar kat akak je kan? bayar lebih pun takpe. hati puas :(

owh... kena ingatkan diri supaya jangan bersedih :D

Syahida said...

ica, akak faham situasi awak. cuba cari jalan terbaik untuk memaksimumkan masa bersama anak di rumah. ayesha perlukan perhatian dan latihan. tapi akak faham, kadang2 kita juga ada banyak komitmen lain yang perlu dikejar.

Apapun, buat solat istikharah dan solat hajat selalu. minta Allah bagi petunjuk. sambil2 tu senaraikan apa komitmen yang ada (mengikut keutamaan). setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian. setiap kejayaan perlukan pengorbanan.

anakistimewa said...

play & learn... bagus!

Syahida said...

memang bagus...nampak senang, penat gak memerah idea nih..huhu.takpe, it's a win-win situation :-)