Oct 27, 2010

Bila Abil bermain (episod 3)

Tinggal lebih kurang seminggu lagi sebelum sesi Home Visit saya yang pertama. Masih ingat lagi kisah saya pergi belajar? Al kisahnya, episod teori sudah tamat. Sejak dua minggu lepas, episod aplikasi bermula. Untuk anda yang baru mengikuti, boleh tengok episod-episod awal kisah Abil bermain di sini dan sini.

Minggu depan, saya dan Abil akan 'bermain' di depan mentor saya. Ya, mentor saya akan melihat secara live dan memberi sebarang komen berkenaan sesi kami. Tiba-tiba rasa panik. Kenapa? Minggu lepas, saya rehatkan Abil daripada sebarang aktiviti selama beberapa hari sebab dia demam. Jadi, bila nak start enjin semula minggu ni, terasa liat pula. Tiba-tiba saya jadi 'kehilangan'. Virus malas pun macam dah menyerap ke dada dah ni...hehe.

Tapi, presentation punya pasal..saya gagahkan jugak melawan virus m.a.l.a.s tu. Bila demam Abil dah mula kebah Ahad lepas, saya mula semula sesi dengan hanya 15-20 minit. Semalam dan hari ni, enjin dah mula suam-suam. Jadi saya pun teruskan dengan sesi 30 minit seperti biasa.
Cuma, cabarannya minggu ini, saya kena cari reward baru untuk Abil sebab dia dah mula bosan. Kemudian, kena brainstorming untuk ubahsuai fungsi mainan (cara main yang berbeza menggunakan permainan yang sama) supaya Abil terus berminat untuk main. Tak larat la mak nak beli mainan baru...huhu.


Sebelum ni, bola berbulu tu saya jadikan reward. Kali ni, terpaksa modify menjadi bahan mainan pulak. Saya beli lagi 4 ketul (menjadikan jumlah semuanya 6 ketul) daripada kedai RM2. Kemudian, main baling-baling ke dalam bakul. Cantik bola tu! bila ditekan, digoncang dan dibaling, ada lampu lip-lap-lip-lap...hehe. Hadiah untuk Abil, cermin ajaib...haha. Ajaib la sangat...oh ya, Abil sangat suka cermin. Tapi kali ni, dia tak berapa nak berkenan cermin tu..rasanya sebab tak ada tangkai untuk dipegang...haihhh...

Ya ampunnn..kualiti gambar tak seberapa. Mainan ni saya suka-suka hati ubah fungsinya. Ambil beberapa helai tali (saya guna tali daripada tangkai beg kertas). Lepas tu, ambil mainan kayu (macam dalam gambar). masukkan tali ke dalam ring kayu tu dan pusing-pusing sambil pegang di kedua-dua hujung tali. Gambar terakhir, lepas main sila kemas...hehe

Selain daripada main di lantai, ada juga sesi aktiviti meja (tabletime). Mengikut teori, tabletime ialah sesi untuk belajar memadankan (matching) dan juga meniru pergerakan (imitating). Bagaimanapun, oleh kerana Abil dah agak pakar bab matching dan imitating, saya bagi dia bersantai-santai dengan puzzle. Puzzle di dalam gambar tu 40 keping. Dia mahir buat yang 12 keping. Yang ini, saya cuma keluarkan dalam 10-12 kepingan kecil untuk dia letakkan semula di tempat yang betul. kalau nak suruh dia buat kesemua 40 keping, saya takut dia hilang fokus dan minat. Bak kata mentor, kuncinya ialah 'short & success'. Orang melayu kata, sesi yang ringkas/pendek dan berjaya...ececeh!

Dah lama saya jeling-jeling mainan Speller Jr. ni. Harganya RM12, beli di Giant je. Sangat sesuai untuk Abil sebab dia 'gila abjad'. Seronok la dia layan susun-susun huruf pada dadu tu.Tengok la tu, siap sengih sampai ke telinga.hehe

Blok kayu Jenga yang dijadikan pagar kandang haiwan-haiwan Abil...hehe. Dia sangat TAK suka main permainan sebegini. Bila saya nyanyikan lagu Old Mcdonalds sambil dia menyusun pagar-pagar kayu tu, dia tepuk mulut saya secara tiba-tiba...haihh..nak suruh mak diam la tu...sabar je la. Tak habis pun kepungan kayu tu disusunnya. Baru separuh jalan menyusun, dia dah sibuk nak simpan lembu, kambing, kuda tu dan pagar-pagarnya sekali ~erkSaya harap anda dapat lihat gambar yang terakhir ni dengan jelas (walaupun sebenarnya gambar tu berjerebu..hehe). Aktiviti stamping memang sangat Abil suka. Dia leka dan tak reti nak berhenti buat stamping. Saya beli cop comel-comel daripada kedai buku dan alatulis. Satu set (6-10 ketul) harganya dalam lingkungan RM5-RM12. Berbaloi!

Dan bersambung lagi di episod akan datang :)



10 comments:

Lenny said...

bagus la akak nieh.. rajin!

ja amran said...

syda, anak aku suka mainan yg dia leh construct. pastu ada one time dia suka sgt askar...siap beli Bucket of Soldiers yang dlm citer toy story tu. mahal tp dia menangis2 mintak.

Syahida said...

Lenny, bila ada anak special ni...terpaksa merajinkan diri.. :-)

Syahida said...

Ja, adik zarif pun suka constructive toys..esp lego...soldier pun dia sangat suka.
The problem with Abil ialah memang minat dia ke arah toys agak kurang.so, mainan2 yang memerlukan imagination cam soldier and also lego2 tu mmg dia tak berapa berkenan..tak bagus untuk development otak sebenarnya..kena slowly encourage and stimulate dia..huhu

dila said...

dzariff pun tak suka..tapi mama suh buat jugak..lama-lama nak buat ke taknak buat ke, kena buat jugak. sekarang kalau dia boring, dia pegi aje duduk kat table buat puzzle/matching cards sendiri. one more thing kak syida, dia dah pandai main-main ngan patung ultraman yang beli dulu. siap buat aksi lawan2..yeayyy

Syahida said...

dila, anak awak tu jelmaan ultraman agaknya...pasal tu dia pandai bahasa ultraman..hehe

btw, bagus la awak train dzariff awal2...disiplin kna ada, baru bole blaja, ye tak?? nanti kita sama2 jadi play therapist eh? hehe

maya amir said...

syida, i noticed u're so creative..u see? abil mmg lucky to have you as his mom & u too.. lucky for having abil..:)

iCaLoVeZiE said...

banyaknya idea! semoga ayesha pun nanti pandai macam abil. cuma mama dia tak banyak masa macam mak abil la.. :(

Syahida said...

Maya, bila dah terdesak, yang tak tahu pun buleh jadi tahu. yang tak reti pun terus jadi reti..tapi, penat gak nak mengkreatifkan diri ni..huhu..kena pakai thinking cap setiap hari..hehe

Syahida said...

ica, di mana ada usaha di situ ada jalan. jangan terus melihat pada halangan, fikir positif dan usahakan mengikut kemampuan yang ada.

kalau tak sempat setiap hari, hujung minggu masih ada kan? Tuhan tu maha Adil. kadang2 anak yang dilatih 1-2 jam seminggu pun boleh capai prestasi yang sama dengan anak yang dilatih setiap hari, kalau diizinkan Tuhan.

kadang2, dalam kereta pun buleh buat aktiviti..kesempatan yang ada, gunakan sepenuhnya..

So, jgn runsing2 lagi, be innovative, be creative. Mudah2an Tuhan akan permudahkan segala urusan awak. Amin