Oct 6, 2010

Jom Main!

Kanak-kanak perlu bermain.
Bila bermain, mereka berimaginasi.
Mereka memerhati, berfikir dan berlatih menggunakan kreativiti.
Mereka fokus dan memberi perhatian.
Mereka belajar tentang dunia.
Mereka berkomunikasi. Meminta. Menunggu giliran. Berkongsi.

Ibubapa perlu bermain dengan anak.
Tak dapat selalu, sekali-sekala. Lebih kerap lebih bagus.
Kenapa?
Bila ibubapa layan anak-anak bermain, mereka happy.
Bila anak-anak happy, mereka akan membesar bagai Johan!

Bagaimana nak main?
Ikut rentak mereka. Biar mereka jadi 'ketua'.
Main dengan ikhlas. Dengar, fikir, kemudian bertindak balas.
Fokus pada anak.

(sumber: Mami & Baby, Oktober 2010)

Saya layan anak-anak main boling. Murah saja, RM10.
Tapi saya tak pakai bola yang diberi bersama set boling.
Saya pakai bola yang lebih besar.
Seronok.
Abil paling suka bila tengok pin-pin boling tu jatuh tergolek-golek.
Ketawa mengekek-ngekek.
Align Center

Kami main buih juga. Sebotol cuma RM2.
Murah dan menyeronokkan.
Seronok.

Yang ini, gasing versi terkini. Tak perlu tali. Hanya ambil saja apa-apa penutup bekas berbentuk bulat dan pusing. Kami gunakan bekas penutup mainan.
Abil suka benda-benda yang berpusing.
Saya gunakan elemen berpusing untuk menarik minatnya.


When kids play, they remember.
They may not be aware they are learning but they sure are aware they are having fun.
~Rebecca Krook

2 comments:

cutiePrincess said...

bestnyer sape2 jadi anak kak syida...dpt byk mainan...hehehe

Syahida said...

wano, idok le banyak sangat. mode jimat cermat ok. bajet ketat hehe.

beli yang berpatutan tapi praktikal fungsinya. kalau ada pun yang mahal, 1-2 je. orang kata, alah membeli menang memakai. kalau yang mahal dan berjenama tu, biasanya lebih tahan.

yang penting, kena kreatif. kadang2 barang2 rumah pun, boleh tukar jadik mainan, asalkan selamat ;p