Nov 15, 2010

Bila Abil bermain (episod 4)

Sesi bersama Abil dilanjutkan daripada setengah jam ke 45 minit. Diselitkan juga aktiviti kraf atau melukis. Yang sebenarnya, sesi bermain water colour. Saya gunakan stensil untuk aktiviti ini. Mudah, cepat dan berkesan. Yang paling penting, Abil suka! Hanya 2 tiub warna digunakan untuk sesi yang memakan masa hanya 5 minit ini, sebelum diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain.


Mainan keretapi, buah tangan dari IKEA. Berkualiti, mudah dipasang, fleksibel dan menarik. Abil kurang berminat dengan sebarang permainan berunsurkan aktiviti 'membina'. Tapi, nampaknya berlainan kali ini. Dia main dengan penuh perhatian dan fokus, walaupun landasannya tak habis dipasang. Tak apa, ada ruang untuk diperbaiki ;-)



Main puzzle ABC. Aktiviti biasa, bukan yang paling digemari tapi tidak ke tahap paling dibenci. Abil sentiasa 'layan' puzzle. Saya juga suka belikan puzzle. Harga berpatutan dan sesuai untuk 'mengasah ' otak. Boleh dapat pada harga serendah RM2 (untuk 12 keping).


Setiap hari saya brainstorming untuk sesi bersama Abil.

Kalau anda ada idea bagus, kongsi-kongsilah ye! :)


2 comments:

anakistimewa said...

nampaknya Abil ada kesabaran dalam perkara yang dia lakukan.

hariz selalu jadi marah bila tak dapat buat sesuatu, dah tu marah bila nak di bantu

Syahida said...

tak tentu jugaakkk...tgk mood. time ok (biasanya bila buat perkara yang dia suka/minat) dia sabar la..
time TAK ok tu, ngamuk jugaakkk..sigh..