Nov 13, 2010

Bila Abil ke Melaka

Rombongan sekolah ke Melaka. Fuhhh! L.E.T.I.H. Bagaimanapun, saya puas hati. Kecuali lawatan ke Zoo Melaka yang 'biasa-biasa saja' (sebab kami dah pernah pergi sebelum ini), tempat-tempat lain yang dikunjungi, saya belum pernah sampai lagi. Paling saya suka, River Cruise. C.A.N.T.I.K.


Sekian, jom tengok visual!


Dalam banyak-banyak haiwan, gajah ni saja yang berjaya buat Abil duduk diam sekejap.Lama jugak la dia perhatikan gajah-gajah tu.
Sempat la saya tarik nafas *haha


Ini gambar pokok dan buah Melaka.
Ya, selama ni bila sebut buah melaka, saya sangkakan ia sekadar nama lain bagi kuih onde-onde. Rupa-rupanya memang wujud buah ni. Rasanya kelat-kelat masam.


Fear Factor saya.
Menara Taming sari.
Tak tinggi sangat pun. Abil cool saja. Saya yang gayat!

Sekian.


7 comments:

iCaLoVeZiE said...

dah berpuluh kali nak naik menara taming sari tu. tapi penyudahnya balik. ayesha tido la. ayesha menangis la.. heheheh

maya amir said...

syida : ade ek buah melaka tu rupenye..saya pun tak tau..hehe.. good2 info:)oo sekolah danial pun nnti rombongan ke melaka khamis ni...

keen said...

rupe x dpt nk tgk ketaq mak nyer! kekeke :D

keen said...
This comment has been removed by the author.
Syahida said...

ica->menara taming sari ni,a mini version of Menara KL.untuk akak yang gayat ni, memang sesuaiii la untuk 'praktis'..haha

Syahida said...

maya-> rombongan sekolah memang suka ke Melaka..banyak kegunaan buah melaka tu sbnrnya..tapi saya tak ingat la..tour guide beria2 bercerita itu hari..haha

Syahida said...

keen->ko mmg suka nak kenakan aku...tapi bab gayat mmg aku surrender la..huhu