Nov 11, 2010

Tentang Bermain

Masih ingat lagikah pada entri ini, ini dan ini?

Sesi bermain (playtime) bersama Abil masih diteruskan.

Anda mahu anak-anak lebih mendengar kata?
Anda mahu anak-anak lebih rapat dan sayangkan anda?
Anda mahu anak-anak belajar tanpa sedar?
Anda mahu anak-anak lebih gembira, ceria dan tidak stres?

Jawapannya; Main BERSAMA mereka.


Sebenarnya TAK susah. Hanya beberapa minit saja, mengikut kemampuan anda. Bukan 24 jam. Selebihnya, anda BOLEH biarkan mereka main sendiri. Tapi sekali-sekala, anda perlu 'turun padang'. Saya percaya, kalau dibuat secara konsisten, anda akan nampak kesan positifnya. Tak semestinya kena beli mainan mahal. Kadang-kadang, tak perlukan mainan pun. Yang penting, anda dan anak-anak.


Ada dua jenis permainan (play).
Toy Play dan Interactive Play.

Toy Play pastinya melibatkan ALAT permainan. Terlalu banyak alat permainan yang ada di pasaran. Yang mahal, yang murah. Yang 'percuma' pun ada. Contoh; Nak main masak-masak, boleh guna perkakas dapur sebenar (asalkan selamat). Asal ada kreativiti dan sedikit kerajinan, periuk dan senduk pun bertukar menjadi dram.
Interactive Play pula biasanya TIDAK memerlukan alatan. Yang penting, interaksi di antara individu yang bermain. Main sorok-sorok, melompat/menari mengikut lagu, main kejar-kejar atau bergurau (sambil menggeletek anak) termasuk dalam kategori ini. Kata kuncinya, bermain secara interaktif (dua hala).

Bermain TIDAK memerlukan tempat khusus. Anda boleh bermain dengan anak anda di mana saja, pada bila-bila masa. Dalam kereta, sambil mandikan mereka, sebelum tidur (di atas katil) atau di ruang tamu (sambil lepak-lepak tengok TV).
gambar google

Saya pernah ada bola terapi 'raksasa' macam dalam gambar di atas.

Bola raksasa ni ada banyak fungsi. Anda boleh google sendiri. Boleh digunakan semua golongan. Seingat saya, bola yang saya beli dulu, harganya kurang dari RM50. Berpatutan. Sesuai dengan saiz dan fungsinya yang pelbagai. Kalau digunakan dengan cara yang betul, boleh membantu perkembangan otak. Bantu anak-anak untuk menggunakannya.

Paling ringkas, rapatkan bola di antara dinding dan anda. Biarkan anak anda melompat di atas bola tersebut sepuas hati (ala-ala melompat atas trampoline). Boleh juga ajar anak anda roll bola tersebut. Macam roll bola bowling. Ini antara pergerakan yang mudah. Selebihnya, tengok di sini.
gambar google


Ini pula gambar kain parachute. Boleh dimainkan seperti dalam gambar. Anak-anak membuat pusingan sambil menyanyi atau rentangkan kain ke bawah, campakkan bola ke atasnya (pastikan bolanya ringan seperti beach ball) dan anak-anak mengawal serta melihat pergerakan bola di atas kain parachute itu.

Kain parachute ini BELUM ada dalam simpanan saya. Bagaimanapun, saya sempat menggunakan kain ini atas pinjaman mentor saya tempohari. Abil sangat suka dengan kain parachute ni. Saya tahu dia suka berkelubung di bawah selimut tebal. Jadi, saya gunakan 'minat' itu untuk bermain dengannya. Kalau suka, boleh tengok klip di bawah. Di dalam klip, diselitkan juga bagaimana Abil bermain dengan pin bowling. Untuk menjimatkan kos, boleh saja gunakan kain selimut nipis bersaiz sederhana untuk menggantikan kain parachute. Saya diberitahu harganya di antara RM15-RM20.



10 comments:

keen said...

mane bli parachute tu? kat usj 9 tu pn silibus die ade main parachute gak

Syahida said...

yup. tau...Alim Kids mmg ada main parachute tu..rasanya almost semua playgrup ada pakai this thing..Intan ANDI pinjamkan.dia kata ada kat tesco tp aku tak berjumpa pulak

Azma said...

Menarik kan permainan yg boleh main ngan anak kalau kita kreatif. Saya ni idea mmg kering selalu. Baca cerita syida dapat gak tambah ilmu.. Mekasih ye! Camne jumpa tempat2 yg ada course utk parent yg ada anak special ni ye? Untuk parent cam saya ni ada tak?

Syahida said...

azma, yang saya pergi ni specialised untuk anak autism. tp kalau kes2 selain autism, organiser akan assess dulu kesesuaian program dengan keadaan/keperluan anak tersebut.

kalau DS saya kurang arif la, kna usha2 kiwanis la kot...ada x NGO2 lain selain kiwanis? kalau ada info, insyAllah saya panjang2kan pada azma :)

cutiePrincess said...

suka sgt tgk cara kak syida layan karenah anak2...msti anak2 suka kalau mak diorg pandai main skali dgn mereka

Syahida said...

wano, time rajin tu..layannnkan ajelah. time malas tu, hehe paham2 jelah...time main, betul2 main tapi time marah tu, huhu...memang bertukar jadik hantu ;p

maya amir said...

suke..suke..suke:) abil sudah tentu kan?:D

Syahida said...

maya, salah satu tanda yang anak2 enjoy main dengan kita ialah apabila kita sendiri rasa enjoy.

i definitely enjoyed it, I am sure Abil did too! :D

dila si mama dzariff said...

kak syida,
dila dah jumpa parachute tadi kat concert kiny dzariff. ada supplier jual..harga kat kotak 15 pound, dia nak bagi 80...ohh, mahalnyaaa...

Syahida said...

uish..agak mahal tu.pakai kain selimut jelah..hehe. agaknya saiz besar la tu.kindy nyer kids kan ramaiii...yg kat tesco tu rasanya kecik je..tapi akak pun tak berjumpa lagi.mungkin kat toys r us ada kot..