Dec 9, 2010

Konserto di Dewan Mawar

Adik Zarif baru saja mula bercuti...At last!

Oh ya, tiada sebarang klip atau gambar adik Zarif sibuk ber-konserto di sini. Kami tak dibenarkan mengambil gambar di depan pentas semasa konsert berlangsung. Rakaman hanya dibuat oleh pihak kindy.
Apa pun, si bongsu saya ni nampak sangat comel atas pentas. Tiba-tiba teringat masa konsert Abil tahun lepas.

Abil tak ketinggalan menonton persembahan adik. Saya puji sikapnya yang sangat memuaskan sepanjang 3 jam berada di dalam dewan. Ya, 3 jam! Dulu, jangan kan 3 jam, 30 minit bertahan pun dah dikira cemerlang.

Seperti biasa, kami biasanya memilih untuk duduk di kawasan paling tepi atau paling hujung. Kali ini, bukan kami yang memilih tempat duduk sebaliknya, kami 'diarahkan' untuk duduk di tempat yang diberikan. Mujurla kawasan tempat duduk kami agak lengang, banyak kerusi kosong di barisan depan dan belakang. Abil bebas berlunjur, bersila, berbaring dan segala-galanya di kawasan tempat duduk kami.

Selesai sejam yang pertama, saya minta encik suami bawa Abil ke tandas. Kena pastikan Abil selesa dan juga untuk beri peluang Abil ambil angin sekejap di luar dewan. Sementara menghabiskan baki 2 jam di dalam dewan, sesekali saya nampak Abil resah, gelisah di tempat duduknya. Tapi masih terkawal. Lega.

Saya kira ini perubahan yang sangat positif bagi Abil. 2-3 tahun lepas, dia agak bermasalah setiap kali berada dalam kelompok orang ramai.




Dalam dewan,
bukan senang nak tangkap gambar Abil pandang kamera macam tu...
1 saat yang sangat berharga :)


Abil mencuba sehabis baik untuk duduk diam.
Good job Abil.


4 comments:

ja amran said...

si kakak nampak behave sgt... :D

Syahida said...

si kakak dah 9 tahun Ja, kalau tak behave, pengsan mak! hehe

Zuraini bt Zainal said...

sarah dan haziq tak merasa nak berconcert. scroll pun kena ambik kat skul ..ibu ngan ayahnya yg sedey..(duit concert dah bayo)..ekoran dari Xciden sarah patah tangan...sob..sob..sob
hepi sungguh bebudak ni duk umah..sy selalu rasa anak2 saya je yg merengek nak ke skolah...huhuhu

Syahida said...

alahai kesian nya sarah & haziq..takpelah, tahun depan insyAllah.mudah2an ada rezki berkonsert :)
bebudak ni mmg seronok di rumah, mak nya yg tak keruan sbb asyik nak bergadoh aje...huhu