Feb 22, 2011

Jalan-jalan Terapi

Semalam, hari Isnin. Tiada yang luar biasa. Rutin yang sama. Cuma ada beberapa perkara yang merisaukan saya. Berita mak saya kurang sihat agak merisaukan. Susah saya mahu lena semalam. Setakat ini, saya hanya memantau kesihatan mak dan berdoa dari jauh.

Semalam, saya keluar mencari ink printer. Sempat juga membawa Abil mengikut encik suami bergunting. Ya, Abil masih belum pernah bergunting di kedai. Selama ini, kami hanya DIY rambutnya. Bagaimanapun, kami dalam proses melatihnya bergunting di kedai. Langkah pertama, belajar bercukur dan bergunting dengan mesin sudah kami mulakan secara konsisten. Langkah seterusnya, membiasakan Abil dengan suasana kedai gunting rambut dan juga tukang gunting (selain saya dan ayahnya). Step by step. Tak boleh gopoh.

Sempat saya rakamkan aksi-aksinya.

Lokasi pertama; kedai gunting rambut. Siap boleh duduk baca suratkhabar. Berita yang menarik perhatiannya, halaman sukan, pelumba basikal cedera tertusuk kayu di kaki. Lama dia tenung gambar berita tu (beria-ia dia 'baca'). Hampir 10 minit jugaklah dia duduk diam. Tengok ayahnya bergunting, tengok cermin.

Sambil menunggu, sambil saya menerangkan tentang bergunting di kedai pada Abil.



Di sebelah petang, kami ke kedai komputer.


Encik suami minta saya jaga Abil di luar kedai saja. Saya pun layan dia tengok kedai-kedai lain dan tengok barang-barang yang dipamerkan di dalam cermin di luar kedai. Masalahnya, dia bosan menunggu di luar.Dia nak juga masuk ke dalam kedai. Saya pun benarkan dia masuk, sambil menjalankan tugas camerawoman.


Terus mata dia 'melekat' pada mouse. Ooooiiiii...banyaknya mouse.Tak puas tengok dari jauh. Abil angkat, pegang, belek. Saya rasa dia sukakan tekstur mouse tu yang berduri-duri (bagus untuk sensori ni).



Penat berdiri, dia duduk.Tengok speaker, tengok mp3 player dan macam-macam lagi .Encik suami pulak sibuk bersembang dengan tauke kedai (haihhh..lama la pulak). Saya mula hint-hint pada encik Nas supaya berhenti sembang dan balik (penat dah ni).

Semalam tak sempat berterapi di rumah. Kita buat sesi terapi sebenar di luar rumah. Belajar mengawal diri, melihat persekitaran, mengenal objek dan macam-macam lagi. Jadi, kalau tak sempat bersesi di rumah, jangan bimbang. Gunakan kesempatan yang ada dan manfaatkan sebaik mungkin.

oh ya, nak kongsi site yang bagus untuk anda yang baru nak kenal "Apa itu Autisme?". Sila klik sini. Bahasanya simple dan mudah difahami.


12 comments:

Azma said...

Tak dapat tgk gambar2 abil, dpt baca cerita aje.. Broadband buat hal.. betul kata Syida tu..terapi x semestinya buat kat rumah aje. Lagi bagus bila didedahkan dgn persekitaran.. Pengalaman membolehkan dia membiasakan diri..

Edi said...

abil yg comel, baju abil sama mcm baju anak i Imran tu! hahahaah... kebetulan la pulak ekk..

faaeq pun x pernah gunting kat luar.. even gunting sendiri pakai mesin ayah dia punya, dia akan meraung mcm kena potong kepala! agaknya dia mmg tak sukekan bunyi mesin gunting rambut tu.

x sabar nak tunggu faaeq besar mcm abil!

Syahida said...

Azma, sabo jelah dgn broadband tu...
belajar melalui persekitaran (menggunakan sensori/deria) sbnrnya lebih berkesan..kan?

Syahida said...

edi, sama lak taste mak abil dengan mama imran..hehe

dorang mmg susah nak tolerate bunyi dan 'rasa' mesin gunting tu...kena slowly 'brainwash' and biasakan dorang...Abil ni kira lambat ke kdai gunting..ramai je anak autisme lain yang dah dibiasakan ke barber sejak umur 3-4 tahun.

takpelah, kna bagi dia biasa2 dulu, nanti 'culture shock' lagi susaaaahhhhh kan?

Dila Si Mama Dzariff said...

Takpe..pelan-pelan. bawak aje ke kedai gunting tu...Dzariff dah masuk 4 tahun barula tak meraung menangis bila gunting rambut. sekarang dah OK!

insan kerdil said...

semoga Dia mempermudahkan urusan buat ibu Syahida.....dan sentiasa dalam perlindungan Dia yang Maha Mengasihani....Maha Menyayangi....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah....

wallahu'alam....

shogun_na said...

Ammar pun begitu...nak hantar gunting rambut...jgnla kedai mamak yg guna mesin...menangis xnak masuk... Igtkan nak la tukar , dr kedai salon ke kedai mamak... Letih duit...tp mmber dah serasi dgn org tue (walaupun stail mamat cina tue amat tak bagus utk budak2) tp itu je dia OK...terpaksa la...

Ntah bila la nak ke kedai mamak...senang...guna mesin. Walaupun di salon, dia still di riba ayahnya...

Syahida said...

dila, tu la..sampai bila nak bergunting DIY je...dah besar esok, kna pi barber jugak...ni tgh pelan2 kasik dia biasa..nanti boleh geng ngan dzariff..hehe

Syahida said...

insan kerdil, terima kasih.Aminnnn :)

Syahida said...

ina, Alkisahnya ammar pun sama juga ye..takpelah...atas riba pun, atas ribalah....lama2 nanti mesti dia ok tapi sementara dia nak biasakan diri dia tu, kitalah yang kna bersabar, ye tak?

ICAZIESYIRA said...

ok. kali ni lebih tertarik dengan mouse landak tu dari nengok gambar abil. hehe

Syahida said...

hehe.mouse tu MEMANG sangat MENARIK. akak pon nak cekauuu satu kalau yg ada ni rosak.. ;p