Feb 21, 2011

Bila Zarif berkata-kata (episod 2)

"Mak, gambar adik dengan abang dekat komputer mak dah hilang......" skripnya 2-3 hari lepas.

"Ada la 'manusia' yang delete gambar tu...." saya jawab.

"Kakak la ni...tadi dia yang pakai komputer mak." sambungnya lagi.

"Mana ada!Kakak tak buat la" kak Dina bantah, dengan intonasi MARAH.

Skrip seterusnya, tak ingin anda baca dan tahu. Biasalah kak Dina dan Zarif, title 'musuh ketat' dan 'kawan baik' silih berganti setiap saat dan minit.

Lepas semua reda, saya tanya adik Zarif.

"Kenapa yang adik Zarif marah sangat gambar tu 'hilang'?" soal saya.

"Adik suka gambar tu, gambar adik dengan abang tengah peluk-peluk...tidur." dengan nada perlahan.

"Takpelah, nanti mak cari. Sayang ke dengan abang?" saya cuba 'cucuk' soalan bonus.

"Sayang." Pendek saja jawapannya. Antara pasti dan tidak. Antara mahu dan tak mahu (diluahkan). Ikhlas, tak ada tanda-tanda berbohong.



Inilah gambar yang dimaksudkannya (lihat bawah). Dah hampir 2 minggu dalam netbook saya. Kelmarin, gambar ini di-cut and paste ke dalam folder (tempat asalnya, di skrin desktop saja).



'Mengamuk' hero kenit penyelamat dunia ni.'Manusia' mana punya angkara? Entahlah. Macam biasa, semua tak mengaku. Tak apalah. Yang penting gambar ni selamat, tak kena delete pun.


Saya snap gambar ni di waktu pagi. Mereka belum bangun.Tiba-tiba saya jadi 'emosi'. Kalau bukan dalam keadaan tidur, cukup susah nak tengok mereka berpeluk macam ni (kecuali disuruh). Selalunya, adik yang akan volunteer peluk abang.

Saya bersyukur.Anak-anak saya cepat matang (berbanding rakan sebaya). Kakak dan adik lebih prihatin dan bersikap empati (berbanding kawan seusia). Sentiasa kreatif dan mengintai peluang untuk connect dengan Abil. Melihat Abil menyanyi dan melompat-lompat sendiri, mereka pun tumpang sekaki. Melihat Abil lari sana sini tanpa henti, mereka join main kejar-kejar sesama sendiri. Merasa pipi diusap atau dicuit spontan, mereka cuit dan gentel pipi Abil bergilir-gilir. Magik.

Orang putih kata, Blood is thicker than water. Saya setuju, 100%.

Yang rajin membaca, boleh klik di sini dan sini. Ada artikel bagus tentang kehidupan anak-anak dengan adik beradik autisme.

Dah habis :)

8 comments:

keen said...

omo..apsl mata berair bc entry ni??...

Edi said...

betullah syida.. sy pun perasan, imran dgn faaeq kalau time tido mmg br buleh tengok adegan peluk2 nie.. kalau time sedar, jgn harap! tp imran mmg very protective dengan faaeq.. sbb tu sy suke bwk imran bile appmt dengan doc.. dia akan dengar apa doc kata, dia faham.. tp skrg agak limited sbb dia dah sekolah..

sukenyer tgk gambar tu! penuh kasih sayang :)

maya amir said...

*mata bergenang*

hanya seorang ibu sahaja memahami perasaan itu kan syida.. jap2, dina yg 1st, abil 2nd & zharif yg 3rd eh?..one day, abil mesti leh show rasa sayang pada adiknya..zharif pun comel, mengharap belaian abg ye:))

Syahida said...

keen,mmg syahdu pun time menulis ni..tapi takla smpai meleleh cam ko...hahaha *cover line

Syahida said...

edi, scene peluk2 ni mmg priceless.macam imran, for as long as he doesnt hv any other sibling, i think dia mesti akan 'terasa' lonely (sekali sekala) but just keep on explaining to him. he'll mature just fine, macam kak dina :)

Syahida said...

maya, yup 1.dina 2.Abil 3.zarif
so far, kak dina pndai bawak diri..and dia tahu mcmana nak 'connect' dengan abil (sbb dia lebih faham).

tapi adik zarif masih dalam proses 'mematangkan' diri sendiri...kalau jumpa budak2 sebaya Abil, mmg nampak dia betul2 pulun main dengan dorang (sedih lak bila tgk)..

tapi takpe, one sweet day, they'll play together..insyAllah...brothers will be brothers forever kan?

ICAZIESYIRA said...

ok. kenapa saya sedih baca entry ini. sekian..

Syahida said...

ica, i feel u.sekian..