Mar 30, 2011

Bila Abil buat kraf tikar


Saya dapat idea ni daripada kraf yang Zarif buat di kindy-nya. Saya rasa ini antara idea kraf yang evergreen sepanjang zaman. Selain collage, kraf tikar ni saya pun pernah buat masa zaman sekolah dulu, betul tak tuan-tuan dan puan-puan?


Yang di atas tu versi Zarif, yang di bawah ni pula, versi Abil. Ya, lebar-lebar sikit helaian tikarnya sebab mamat sorang ni kalau buat apa-apa, sentiasa nak cepat habis. Saya pulak sentiasa kena pastikan dia buat sampai HABIS. Atas dasar kompromi, kita buat tikar 'gemuk' okay? hehe
Senang je bahan-bahannya....sila lihat bawah ni. Kertas warna, kad manila, gunting, gam dan sedikit kerajinan secukup rasa hehe.


Untuk memudahkan Abil, saya siap lukiskan garisan-garisan pada kertas dan hanya tunggu digunting saja. Bila dia dah makin fokus nanti, bolehlah dia buat semua from scratch.



Dan lihatlah aksi-aksinya...



Gam dan menggunting insyAllah tak ada masalah...yang susah sikit, bab nak selitkan helaian-helaian tikar gemuk tu..penuh konsentrasi :)




Untuk idea-idea kraf menarik yang sesuai untuk anak-anak autisme (dan bukan), boleh la jenguk sini.


6 comments:

maya amir said...

aha! lame tak nmpk tikar anyam gini.. suke dulu2 mase lukisan, dpt main dgn kertas warna buat anyam tikar..:)

Syahida said...

maya, tu la kan? dari zaman kita kenit2 dulu pun dah main anyam2 ni..ntah2 mak2 kita dulu pun buat jugak haha...kalau buat tikar 'kurus' mmg cantik, sebb rapat2 dan byk kertas warnanya :)

Anonymous said...

wah....abil sudah makin kreatif....musti ikut mama abil ni...;p

~macamana perkembangan abil dengan 'alphabet sounds' dan 'we can count to 100'?(yang kat youtube tu)...~

Syahida said...

dia dah agak bosan dengan klip youtube tu..tapi masih dalam proses belajar kenal no 11-30 secara intensif (target tahun ini, termasuk asas mengira, tambah). alphabet dia dah pakar, cuma nanti nak introduce dia english phonic, seterusnya blaja baca bi. BM dah banyak progress..Alhamdulillah.

ICAZIESYIRA said...

abil dah maju banyakkkk! yeay!

Syahida said...

ica, bolehla sket2..Alhamdulillah...byk lagi nak kejar ni.