May 23, 2011

s.h.r.e.k

gambar google

Masih ingat dengan shrek yusuf? hehe. Ya, Abil sangat sukakan Shrek.

Dia tak pernah bosan dengan makhluk HIJAU berbadan besar dan berperut buncit ni. Pernah juga dia usap-usap perut TukAyah yang bulat sambil sebut nama 'shrek'. Tergelak besar saya dibuatnya. Ada persamaan kot..hehe.

Lebih menghairankan lagi, dalam banyak-banyak adegan dalam filem shrek, Abil paling SUKA tengok bila Shrek menjerit marah. Sedap betul dengar dia ketawa terkekek-kekek setiap kali Shrek buka mulut sampai nak terkeluar anak tekak seluas-luasnya dengan suara marahnya. *tak jumpa pula di Youtube.

Orang lain dah berzaman dah 'tinggalkan' Shrek. Kalau tak silap, sekuel terakhir Shrek keluar tahun lepas (2010) Shrek Forever After. Untuk Abil, 'demam Shrek' masih ada. Sekuel Shrek kegemarannya, Shrek 1. Kalau di YouTube, memang seharian dia boleh menghadap video-video Shrek. Pause- rewind- pause- forward -repeat....fuhhh!! boleh muntah shrek dibuatnya..

Sampai bila la obsesi Shrek ni akan berakhir. Kita tunggu..

6 comments:

Edi said...

shrek yusuf!! hahahaha.. ingatkan ape td... pandai tul abil! creative creative.

faaeq skrg tgk suke barney.. esp bile part budak2 tu nyanyi lagu 'my family is just right for me'.. terlompat2 sambil gelak2.. pastu ade jugak effort nak tiru kaki budak2 tu joget. pasang barney, bolehla ibu masak kejap :P

syida, abil boleh cakap kan? tp dia x ckp sgt eh?

Syahida said...

edi, i will forever remember shrek yusuf because of Abil hehe

bagusla faeq suka barney. can use it as a 'tool' to get his attention..

yes, abil boleh cakap tp sikit2 and yg penting2 aje..so far, up to 3-words that is.

Cikgu Sue [CS] said...

Salam
kita geng la abil! cikgu sue pun suka shrek...ntah nape..tp bg CS kartun ni mmg best dr kartun2 lain..wataknya selamba jer...spongebob pun best...hmmm dora...wonderpets...hmmm lagu2nya pun bleh hafal...uish mcm bebudak...xpela jd kanak2 ribena wpun dh tua.. :P

Syahida said...

Salam CS, peminat shrek juga ye? buleh la layan tengok sama2 hehe

sekali sekala layan animasi ni mmg best. ilang kejap segala stres.

maya amir said...

shrek yusof..hahaha..tak tahan mak dengar..but so cute;)

Syahida said...

tu la pasal..sesuka ati dia je bagi nama tu. itu shrek muslim kot..haha