Jun 24, 2011

IKEA lagi dan lagi

Tak sah ke KL kalau tidak ke IKEA.

Dah hampir 3 minggu saya peram entri ini. Cerita yang dah hampir basi.
Kami ke IKEA buat kali ke berapa ntah. Meronda-ronda di IKEA adalah terapi minda untuk saya. Untuk anak-anak, pergi ke IKEA adalah terapi makan aiskrim dan terapi lari sana sini dengan suka hati.

Di IKEA, anda bebas memperlakukan apa saja pada perabot-perabot yang ada di ruang pameran. Nak duduk, berdiri, baring, pegang, ketuk, boleh saja! asalkan bukan dengan niat vandalisme.

jumpa di google

Di dalam IKEA, saya lepaskan tangan anak-anak dan biarkan mereka bebas melayan diri. Abil sangat tertarik pada gambar-gambar pemandangan. Jom tengok aksinya.

Siap lentok-lentok pada gambar :)

Rambang mata. Kiri kanan, depan belakang ada gambar.

Tekun.

Berpimpin tangan dengan guardian angel sepanjang hayat, Kak Dina.

Bagus anak-anak mak.
Sebelum balik, terapi makan aiskrim.
Terbaik!


2 comments:

YatieJay said...

Bestnya kalau ada IKEA kat jb kan? Mesti tiap minggu saya 'kerja' mengukur complex...heheheee......

Syahida said...

yatie, kalau IKEA ada kat jb.memang HEAVEN! confirm saya nak join kerja mengukur mcm yatie...hihi