Jun 12, 2011

Yang Autisme dan Bukan, 2 x 5 !


Apa yang 2 x 5 ni?? Hah, ni kisahnya. Anak Autisme saya, Nurhan Nabil memang hiper. Graf hipernya 'memuncak' sekitar umurnya 2-4 tahun. Semakin dia membesar (sehingga sekarang dah pun 8 tahun), hiperaktifnya semakin berkurang dan terkawal. Masih ada saki baki tapi dah boleh duduk diam lebih dari 10 saat. Tak macam dulu. Sesaat pun saya tak boleh duduk sebab mengejarnya.

Sebenarnya, anak-anak BUKAN autisme pun 'hiper' juga. Saya lihat sendiri pada anak-anak saya. Selalu saya perhatikan. Kelmarin sempat saya snap gambar kak Dina dan Zarif 'ligat' semasa kami berbelanja barang dapur. Notis: Kecuali 1-2 gambar, selebihnya adalah gambar candid.

Saya risau sebenarnya bila mereka berdua ni lari sana sini dalam pasaraya ni. Maklum sajalah, zaman sekarang ni, dalam hipermarket pun boleh hilang. Leka sesaat, menyesal tak sudah nanti. Penat juga saya panggil. Letih juga mengejar. Tapi, mereka tak makan saman. Sesuka hati berkeliaran. Bila dah ke depan, langsung tak toleh belakang. Adoiiii.........

Kesimpulannya, kebanyakan anak-anak memang semulajadi AKTIF ye, tuan-tuan dan puan-puan. Yang terlebih aktif tu, kenalah ibubapa cari jalan untuk mengawalnya. Yang berminat, boleh BACA di sini. Kadang-kadang, saya pun hairan bin ajaib bila tengok atuk-atuk jalan-jalan dengan cucu. Saya rasa lebih KAGUM lagi bila tengok atuk-atuk 'bela' cucu hari-hari. Saya yang 30an ni pun tercungap, inikan pulak atuk-atuk ni kan? 


Salam Ahad 

6 comments:

Edi said...

selamat hari isnin! hehehe

mmg kagum tgk atuk2 dan wan2 yg jaga cucu... takleh imagine kalau atuk dan wan faaeq jaga faaeq.. hahhaha

Syahida said...

edi, i teringat ms Abil kecik2 dulu(umur faaeq sekarang)..fuhh memang PENAT. kalau atuk2/wan2 yg jaga...buleh pengsan kot :)

maya amir said...

airell aktif die lebih sket dari danial..kdg2 pelik gak, tenaga derang ni tak penah berkurang..mak die ni jugak yg makin mandom..heheheh...

Syahida said...

maya, budak2 ni mmg macam ada kuasa kuda tau! heran mak...mandom eh? leh la kita geng..hehe

shogun_na said...

sy sgt berminat....thanks for the link....Ammar dan Farzana, normally, kami letak dlm trolly, lately nie je Ammar suka jln dan pegang tgn...

Syahida said...

ina, Abil dan zarif yg dah 'tua' ni pun biasanya dok dlm troli..bila terlepas dari troli, inilah hasilnya ;p