Jul 31, 2011

Bila Abil berkata-kata (Episod 2)

Jumpa di google

Dia belum cukup petah berkata-kata. Dia juga belum cukup ramah berbual mesra. Dalam banyak perkara, bercakap dan berkomunikasi antara yang masih belum dia kuasai. Bermula dengan perkataan pertama pada umur 4 tahun, bertambah sepatah lagi pada umur 7 tahun dan kini, tiga patah perkataan pada umur 8 tahun, subjek komunikasinya masih perlu di-polish lagi dan lagi.

Bila Abil berkata-kata. Tak cukup perkataan, tapi penuh RASA. Setiap kali dia cuba bersuara, saya cukup hargai 'suara emas'nya. Biar dia terus mencuba, biar dia terus berkata-kata. Suara comel dan sebutan yang tidak pernah pelat itu, tak pernah gagal menarik perhatian saya. Ada orang kata, mungkin dia 'lambat' kerana saya tak cukup melayan. Mungkin dia 'lambat' sebab saya tak cukup memberi stimulasi.

Tuan-tuan dan puan-puan, bila bersamanya, saya selalu bercakap seorang diri. Bukan tak siuman. Gila pun bukan. Tapi kerana dia lebih banyak diam. Bila saya menyoal, saya jugalah yang memberi jawapan. Bila ada mood, dia mengikut. Bila tak ada mood, dia tak mahu sebut. Tapi saya tetap bersuara. Tidak putus asa. Dengan ayat-ayat dan skrip yang pendek dan mudah, saya memberikan input. Mungkin dia tak memandang, tapi saya yakin dia mendengar. Mungkin dia tak layan, tapi saya yakin otaknya terus menerus menyerap dan menyerap perkataan-perkataan yang saya sebut dan ucapkan.

Belum cukup intensif? Mungkin. Tapi tidak ada sehari pun yang saya biarkan Abil membisu tanpa sebarang bunyi dan ucapan. Biar sedikit, lama-lama jadi bukit, tak gitu?


Kebelakangan ini, dia suka menyebut "Tak Nak!". Dulu, dia hanya tepis tangannya tanda tidak mahu. Dulu, dia cuma menolak (dengan tangan atau badan) tanda tak suka dipelawa. Sekarang, segala-galanya "Tak Nak!"

Saya: Abil, sekejap lagi kita belajar ya?
Abil: Tak Nak! (dengan sepenuh perasaan)

Saya: Abil, dah ngantuk ni, sebelum tidur pergi tandas dulu, kencing?
Abil: Tak Nak! (sambil tersengih-sengih)

Saya: Abil, tolong tutup pintu.
Abil: Tak Nak! (sambil lari meninggalkan saya)

Saya: Abil, jom turun pergi Happyland. (dalam kereta, di depan pusat intervensinya)Abil: Tak Nak! (sambil tersenyum-senyum, cuba lari daripada pintu kereta)

Hah! berapa punya "Tak Nak!" tu. Setiap kali kena reject, saya tersenyum pahit. Saya suka bila dia mengekspresi dirinya. Tapi kalau sudah hampir setiap kali berkata Tak Nak, dah ala-ala iklan anti-merokok pun ada.hahahaha

Menariknya, walaupun mulutnya berkata "Tak Nak!", dia masih patuh. Dengan syarat, anda tidak terus menyerah selepas menerima jawapannya. Biasanya selepas 3 kali mengulang arahan atau soalan, dia akan buat apa yang disuruh tanpa tantrum, tanpa banyak karenah. Di situlah istimewanya Abil. Saya tak perlu naik suara. Saya tak perlu pujuk-pujuk over. Sangat taat. Dengan syarat, dilatih.

Sekarang ini, tak lengkap hari-hari saya tanpa dialog "Tak Nak!" daripada Abil.

Semoga Tuhan 'memberi'nya lebih lagi. Amin.




4 comments:

Umm Ummar said...

Ameen...

betul tu Syida. bila anak2 kita yg bersuara emas ni berkata-kata, walaupun sikit/pendek je, tp kita rasa mcm di awang-awangan, hanya Allaah yg Mengetahui..

Abil suka babling tak? or dia mmg pendiam?
my Ummar ni bising mulut dia, kdg2 dlm keta travel mana2 jauh sikit, mmg dgr dia "bercakap" je all the way, can u imagine, dia mcm x penat. tapi masalahnya kitorg tak faham apa yg dia ckp. ada la sikit2 yg saya faham sbb i can relate his sentences he normally copied fr TV, pastu suka nyanyi jgk haha tapi berterabur la cuma tunes tu kita tau it's a song. hehe...

takpe, kita teruskan usaha. :)
salam Ramadhan

Syahida said...

ery, the babbling phase peaked b4 he got his first words. now masih ada babbling tapi much reduced. sekarang more to echolalia but i am trying to control it and make him switch to a normal speech & conversation.

gud luck to both of us :)

Dila Si Mama Dzariff said...

babling dzariff still on walau pun dah dapat first, second and so words. aku pun tak paham...kadang2 nama budak pompuan yang dia duk repeat...tadi hannah, wati, ani,....ramai betul aweks dia. sekarang dah start echolalia tapi kadang jelas bunyinya kadang bunyi yang belakang aje....haih...chaiyok boys!!

Syahida said...

yes dila. chaiyok!!hehe
any kind of sound yg dorang buat is a GOOD sign. at least we know they r verbal cuma nak kena rajin coach supaya semua nama2 aweks itu menjadi perkataan yang sebenar2nya dan boleh difahami,kan? :-)