Jul 15, 2011

Perlu de-stress!

Saya sangat-sangat perlukan sesi terapi saya. Bukan terapi membeli-belah sebab nanti poket terbelah. Bukan juga terapi jalan-jalan bercuti sebab tugasan harian dan persekolahan anak-anak berjalan setiap hari. Saya hanya perlukan terapi yang ini (sila jenguk ke bawah). Ya, Harry Porter. Yang terakhir. Tidak ada lagi selepas ini. Saya 'kenal' Harry Porter hanya dalam movie. Bukan genre kesukaan saya. Tapi kerana encik suami, saya terjebak haha.


Semalam, kami sudah mula merancang untuk pergi menonton. Malangnya, waktu tayangan semuanya 'tak kena' dengan jadual harian kami. Kalau biasanya kami menonton tayangan tengah malam, tidak untuk kali ini sebab suami bekerja shif malam tanpa henti. 7 hari seminggu. huhuhu

Kami cuba memilih tayangan waktu pagi. Paling awal jam 10.30 pagi. Movie Harry Porter tidak ada yang kurang dari 2 jam setengah. Kalau bermula jam 10.30, jam 12.30 tengahari belum habis lagi. Sekali lagi kami gagal buat booking sebab Abil harus diambil di sekolah tepat jam 12.30 tengahari.

Waktu petang pun sama. Tak ada masa tayangan yang sesuai. Kami perlu berkejar-kejar ke pusat intervensi dan juga terapi Abil. Aduhh, adakah saya akan terlepas menontonnya di panggung. Tidaaakkk! dah lama saya tunggu. Menonton di DVD? Untuk saya, menonton Harry Porter melalui DVD bermakna akhirnya, Harry Porter yang 'menonton' saya nanti. Ya, tidurlah jawabnya. Nak menunggu DVD keluar satu perkara lagi. Saya tak bisa tunggu lagi haihh..

Selain cinematherapy, sibling therapy pun ok juga. Cuma, pulang ke rumah mak dan berjumpa adik beradik saya tak dapat saya lakukan dalam masa terdekat ni.Fikiran sudah agak kusut. Bak kata suami, "Cikgu syida dah semakin garang nampaknya kebelakangan ni..". Ya, saya mengaku. Seminggu dua ni, kerap juga saya tinggi suara dalam kelas tuisyen saya. Emosi yang semakin di luar kawalan. Tanda-tanda perlu de-stres cepat!!

Isu-isu berkaitan Abil juga tak pernah habis. Selesai 1 perkara, timbul lagi 1 perkara. Memang anak istimewa ini Tuhan jadikan supaya ibubapa sentiasa berusaha menjadi yang terbaik. Usaha dan perhatian terhadap anak perlu konsisten dan sistematik. Saya hanya seorang ibu biasa. Selalu dilanda angin m.a.l.a.s. Ditambah faktor-faktor lain menambah perisa haihhh...

Tuan-tuan dan puan-puan, bagaimana ye?

Anda ada cadangan lain untuk saya? :)

Yang rajin membaca dan cintakan ilmu, boleh baca link di bawah. Sekian, terima kasih.


6 comments:

maya amir said...

habsnd pun suke haryy potter..nape laki byk suka aa...saya lom terjebak..hehehe

Syahida said...

maya, entahlah..tapi takpe layan harry porter. ada kelasss haha. meh la menjebakkan diri...rugi tak tengok :)

SitiNur said...

Dah tgk ke?

Syida, ada cadangan... minta En Hubby awak ambil Abil dan Pn Isteri pergi tgk sorang2. Alaaa... kejap je. Cinematherapy really works. At least to me. :)

Gi de-stress cepat! Gi!

Syahida said...

Iram,cinematherapy does work! the good news is cinematherapy also means movie date and yes, we watched it already...hehe

Alhamdulillah, sejak abil dah lepas umur 5-6 tahun ni, dah yakin nak tinggalkan dia (with family members). asalkan ada filem best mmg kami tak ketinggalan :)

ieda said...

dah lama tak tgk wayang berdua2an...
terapi saya adalah....tidur...hihi

Syahida said...

tidur terapi saya no.1 hehe