Jul 15, 2011

Kasut oh! kasut




Ni kenapa berdukung ni? Hah, nak tahu cerita?

Sandal Abil terputus. Di Jusco. Sementara tunggu kak Dina habis kelas piano minggu lepas. Sandalnya itu memang sudah 'uzur'. Tapi saya sangkakan hayatnya masih ada sekurang-kurangnya sehingga raya. Rupa-rupanya dah tak dapat diselamatkan lagi. Almaklum sajalah, sandal second hand. Warisan daripada kak Dina hehe.


Hampir bengkok juga pinggang encik suami mendukung Abil. Lebih kurang 100m juga berjalan mencari sandal baru untuk Abil. Dari satu pintu kedai ke satu pintu kedai. Fuhhh nampak saja kurus. Kalau montel, tak terangkatlah jawabnya..

Mungkin juga sudah rezeki anak-anak minggu lepas. Beli sandal baru Abil, beli untuk kak Dina dan Zarif juga. Alhamdulillah. Sandal raya dah ready, baju raya habuk pun tak ada lagi haha.


Tak apa. Jangan terburu-buru. Ramadhan harus kita 'jumpa' dulu.

Bercakap tentang Ramadhan, tahun ini saya berharap Abil dapat belajar berpuasa sepenuh hari. Tahun lepas, cukup 30. Tapi hanya separuh hari. Dia belajar bangkit sahur. Belajar berlapar. Belajar dahaga.


Tahun ini, Abil sudah 8 tahun. Autisme atau tidak, bukan alasan untuk tidak belajar berpuasa. Cuma, saya rasakan melatihnya berpuasa lebih mencabar daripada melatihnya bersolat. Belajar solat hanya memerlukan Abil untuk memberi tumpuan (walaupun sekejap) dan meniru gerak laku (tak perlu bacaan untuk permulaan).


Berpuasa? Aduh, sukar untuk saya menjelaskan kenapa dia perlu berlapar dan dahaga sepanjang hari. Susah juga untuk mengajarnya mengawal emosi dan bersabar sehingga waktu berbuka tiba. Prosesnya harus dibuat secara perlahan-lahan. Mula-mula separuh hari. Kemudian, tiga perempat hari. Kemudian, sehari penuh. InsyAllah.


Mungkin saya boleh tunjukkan video dan gambar-gambar berkaitan Ramadhan dan Syawal. Main bunga api, membuat biskut raya, baju dan songkok raya. Tapi ini semua berkaitan Syawal. Ramadhan? hmmm...gambar-gambar orang bersahur dan berbuka mungkin. Ya tuhan, permudahkanlah. Amin

Lebih baik lagi, bagi setiap tambahan jam Abil berpuasa setiap hari, reward akan diberi. Saya harus cuba. Doakan saya dan Abil berjaya ye kawan-kawan!


Muka-muka teruja, mencuba sandal baru.


6 comments:

Edi said...

pergh...seronoknyer! croc tu! hehehe...

hmm... bile syidah cerita psl puase br terfikir, mcm manala nanti nak ajar faaeq.. seb baik ade syida, bley sy dpt inspirasi :)

tak lama lagi nak puase ni!

Syahida said...

err..edi, before i could gv u inspiration, pls doa for me ya. sy pun terkial2 gak ni..harap2 berjaya.

happy coming ramadhan! hehe

Anonymous said...

Assalamualaikum Syida,

‘Ya Allah
Yang Maha Penyayang, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, Yang Maha Mendengar

Kau permudahkanlah urusan keluarga ini, Kasihanilah mereka, Limpahkan rahmatMu ke atas mereka

Tabahkanlah hati Abil, hambaMu untuk menjalani ibadah puasa dari bangun Sahur sehingga waktu berbuka
Tetapkanlah iman Abil untuk menjalani ibadah puasa dari bangun Sahur sehingga waktu berbuka
Berilah kesihatan pada Abil untuk menjalani ibadah puasa dari bangun Sahur sehingga waktu berbuka

Semoga hambaMu Abil mampu melaksanakan ibadah puasa kerana Mu
Agar hambaMu Abil bersabar melaksanakan ibadah puasa Mu
Dapatlah Abil bergembira melaksanakan ibadah puasa Mu

Perkenankanlah Ya Allah
Amin'

Salam,
zue

Syahida said...

Wa alaikum salam.

Terima kasih zue. terima Kasih!

Amin, Amin Ya Rabb.

Azma said...

Senoga dipermudahkan syida menagajar abil berpuasa.. Jgn lp share nnt ye.. mgkin suatu hari nnt saya pun perlukannya..

Syahida said...

Azma, terima kasih. Kalau berjaya insyAllah saya berkongsi. kalau tak jawabnya kna cuba lagi dan lagi dan lagiiii...