Aug 13, 2011

Jumaat yang gembira!

Hari ini hari Sabtu. Semalam hari Jumaat.

Apa ceritanya?

Gigi tunggul Abil akhirnya berjaya dicabut. Tanpa bius. Tanpa suntikan. Tetapi hanya selepas 4 kali lawatan ke dentist. 4 orang untuk memegang abil di kerusi dentist dan RM10.

Gembira. Kalau ada perkataan lain yang LEBIH gembira daripada GEMBIRA, maka itulah apa yang saya rasa semalam. Suka. Lega. Syukur. Ceria.

Sebelum gigi tunggul itu berjaya dicabut, saya rimas. Lemas. Melihat Abil yang sentiasa mengorek gigi tunggulnya itu dengan jari. Melihat Abil yang selalu menolak-nolak gigi tunggulnya itu dengan lidah. Melihat Abil yang kurang comel dengan gigi tunggul yang sudah hitam, rosak dan tajam. Melayan pula pertanyaan dan komen-komen orang sekeliling tentang giginya itu setiap kali mereka melihat Abil. Saya cukup rimas. Kalau saya rimas, Abil apatah lagi.

Semalam, saya bersyukur ditemukan dengan doktor gigi (yang saya sendiri tak sempat bertanyakan namanya kerana terlalu teruja). Nama kliniknya, Klinik Gigi Aspalela. Mungkin nama doktornya Aspalela, mungkin bukan.

Kagum. Doktornya cukup mesra. Child-friendly. Bila saya sebut anak saya autisme. Tenang saja jawapannya, "Tak apa. Saya tahu." Saya tak perlu bercerita panjang lebar. Cukup cool.

Proses menunggu masuk ke bilik rawatan lebih lama daripada proses mencabut gigi. Menunggu sejam. Memujuk lebih kurang 10 minit. Macam-macam 'umpan'. Macam-macam cara. Saya berdoa dalam hati, "Tolonglah jangan give up, wahai doktor."

Akhirnya, kami buat keputusan untuk paksa(secara berhemah). Saya dan encik suami pegang kaki. Dua orang pembantu doktor pegang di bahagian kepala dan tangan. Abil nampak seperti terpaksa redha. Tidak meronta. Hanya cuba angkat kepala. Saya tahu dia takut. Saya tunduk. Tak berani tengok. Tak sampai 10 saat gigi tunggul itu selesai dicabut. Hanya sebatang gigi tunggul, tapi sudah cukup buat saya stres hampir setahun memikirkan bagaimana saya mahu pujuk Abil supaya bekerjasama dengan dentist.

Sejurus selepas gigi dicabut, saya terus peluk Abil. Dia tak menangis pun. Saya yang struggle menahan air mata daripada jatuh. Cabut gigi tunggul je pun, kenalah cover emosi. hehe

Balik ke rumah, TukMi, TukAyah sibuk bertanya. Adik Zarif tumpang hairan dan gembira. Kak Dina pun peluk-peluk Abil dengan bangga. Gigi Abil yang hodoh itu sudah tiada. Yeay!!

Terima Kasih ya Tuhan. Walaupun setakat berjaya mencabut sebatang gigi tunggul, tapi ia satu KEMUDAHAN yang tak ternilai buat Abil dan saya.

Ini bukan lawatan terakhir ke dentist. Pastinya Abil perlu ke dentist lagi selepas ini. Buat masa ini, saya hanya mahu enjoy 'kemenangan' kecil ini. *mode senyum sampai ke dahi hihihihihi




Anda nampak gigi yang sudah renggang itu?
gara-gara gigi tunggul.
Gambar sebelum Ops cabut gigi?
Tak ada. Sangat tak cantik. Malu nak kongsi di sini. hehe
Gambar semasa Ops cabut gigi?
Lagi tak ada. Tengah kalut hahaha



Dapat upah aiskrim.
Ops bodek Abil. Nanti-nanti kita ke dentist lagi ye. hehe

Untuk Tips membawa anak autisme ke dentist, sila klik sini.
(sesuai untuk anak bukan autisme juga).
Selamat berhujung minggu! :D 


2 comments:

shogun_na said...

congratulations Abil dan kak syida... Saya tumpang bangga dan gembira... Huhuhu...now Ammar dah start sakit gigi semula...keresahan, ketidakselesaaan dan kesakitan jelas terpapar di wajahnya cuma bila ditanya, dia jawab xsakit... Harini sy nak bawa Ammar ke dentist lagi...percubaan kali ke 3 mungkin...2 kali gagal...ingat2 lupa...

Syahida said...

gud luck ina...dont gv up. kena cari jalan juga utk rawat gigi tu. doa banyak2. insyAllah dipermudahkan