Sep 9, 2011

BIla Abil berhari raya (episod 2)

Syawal datang. Ramadhan pergi.
Balik USJ. Balik Arau. Balik semula ke JB. haihh...
Sejak balik ke JB, saya seperti hidup di dalam blues..hehe
Tapi takpe, blues tetap blues tapi warkah mesti mahu di-update juga, ye tak?

Raya Edisi 2011.
Pastinya berbeza daripada Edisi 2010.
Yang penting, meriah, ceria, gembira. Secukup rasa.
Geram pun ada juga..hehe.
Apakah? Teruskan membaca.


Inilah satu-satunya gambar Abil berpakaian melayu lengkap ala Hang Tuah berkopiah. Visual seorang hero yang gembira. Di sebalik tabir, dia sempat 'mengamuk' sebab baju melayunya tak boleh tuck in ke dalam seluar. "Masukkan baju! Masukkan baju". Memang itu rutinnya. Setiap kali sarung baju, WAJIB dimasukkan ke dalam seluar. Smart. Handsome.

Bila berbaju melayu, takkan nak tuck in bajunya ke dalam seluarnya, ye tak? Mujurla ada samping. Selamattt...Bila sudah mula 'mengamuk', moodnya pun sudah terjejas. "Boleh ke pergi masjid ni?" saya berbisik perlahan pada encik suami. Diam. Tak ada jawapan. Saya tahu encik suami serba salah. Mood Abil tak boleh dipandang ringan.

Saya cuba positif. Saya cuba brainwash Abil. Sambil menyuapnya makan, saya cakap berulang-ulang kali. "Abil nak pergi masjid. Solat hari raya. Abil good boy. Boleh solat di masjid. Ikut ayah." Macam tape recorder. Diam. Tak ada eye contact. Hanya terus makan sampai habis.

Akhirnya Abil berjaya juga ke masjid. Syabas untuk encik suami yang berani beri peluang pada Abil. Balik saja dari masjid, saya terus minta laporan..hehe. Encik suami bercerita perlahan-lahan. Ada kolam di tempat ambil wudhu', dia sibuk sebut 'Swimming pool! swimming pool!". Mujur la Abil masih boleh dikawal. Masih boleh dengar arahan. Encik suami bersolat sambil pegang tangan Abil dua kali kerana takut dia lari. Selesai solat juga, Abil dan ayahnya berpindah tempat supaya lebih selesa untuk menunggu khutbah selesai. Secara keseluruhannya, misi berjaya! Tahun depan boleh solat Aidilfitri lagi...

Selesai solat hari raya, kami mula bergerak ziarah hari raya. Tahun ini, Abil lebih hiper daripada biasa. Overdose milo agaknya. Cubaan untuk makan biskut London Almond dan yang seangkatan dengannya, kami 'cantas' satu persatu. No. Tak boleh. Itulah skrip kami. Ada juga tuan rumah yang 'pelik'. Tapi saya terangkan dengan baik. Bukanlah kerana nak berpantang diet 100%. Saya tak mahu tabiat makan separuh saja menjadi-jadi. Hanya coklat yang dia mahu. Mana-mana bahagian yang berkacang, tepung dan lain-lain akan dibuang atau diluah begitu saja. Tak elok bukan?

Oh ya, Abil juga rimas berbaju melayu cekak musang. Bahagian lehernya agak 'mengganggu' Abil. Tahun lepas, berbaju melayu teluk belanga. No more baju melayu cekak musang next year! hehe

Selesai solat, kopiah 'hilang'. Samping pun 'terbang'. Mujurla masih mahu berbaju melayu lepas dipujuk-pujuk. Tekstur kain yang kurang selesa agaknya. Baju melayu tahun lepas nampaknya lebih baik dan serasi dengan Abil.
Main remote. Bermain di tangga. Rutin wajib hampir setiap kali bertandang. Yang anda lihat dalam gambar adalah gayanya yang sopan. Aksi-aksi akrobatik di tangga tak sempat diambil sebab sibuk menjerit suruh Abil "Turun!".

Raya kali ini, bukan Abil saja yang hiper. Zarif pun 2x5! Tak percaya, tengok gambar-gambar di bawah. Poksu (adik saya) dan encik suami bertungkus lumus mengepit menjaga Abil dan Zarif daripada terlalu menggelejat aktif.


Layan gambar lagi...
Nampak swimming pool itu? Cabaran 'besar' sewaktu kami berhari raya ke rumah seorang saudara kategori bangsawan. Berkali-kali tuan rumah offer anak-anak saya mandi di kolamnya. Kami tolak baik-baik. Takut nanti anak-anak saya tak mahu balik. Masa menziarah agak terhad. Tak boleh lama-lama.

Abil melihat-lihat kolam dari dekat. Saya tahu, kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia terus melompat ke dalam pool itu. Saya puji sikap Abil yang boleh mengawal diri dan terus bersabar waktu itu. "Jom balik!" arahan Tuk Ayah. Legaa....Abil tak 'mengamuk'. Sambil sengih-sengih, dia bersalam dengan tuan rumah dan terus masuk kereta. Fuhh!


Nampak macam sopan je kan? hehe. Jangan tertipu, relaks 5 saat je. Tak lama kemudian, jeng..jeng...jeng..
Hah! nampak tu. Nak memanjat, melompat, berlari sesuka hati. Saya cukup takut bila melawat rumah-rumah yang ada banyak perhiasan kaca. ..huhu


Selebihnya, Abil ok. Tantrum-nya hanya waktu pagi 1 Syawal. Sepanjang berhari raya, moodnya baik walaupun dilarang makan biskut coklat..hehe. Oopps lupa, satu lagi episod tantrum waktu kami sekeluarga mahu bergambar raya beramai-ramai. Lihat gambar di atas nun, Abil cuba buat peace macam kakak dan adik. Terkial-kial dia cuba membentuk jari-jarinya. Saya hanya senyum melihat. Semakin pandai meniru.


Bersosial? Masih jauh. Lebih banyak buat hal sendiri. Tapi sekurang-kurangnya tahun ini, dia semakin selesa dengan rutin menziarah dan dah pandai hulur angpau rayanya kepada saya untuk disimpan. Paling tidak pun, dia cuba simpan sendiri dalam poket.

Manis-kah pengalaman raya tahun ini? Sudah tentu!

Dengan Abil, walau sesusah mana pun cabarannya, alah bisa tegal biasa. Dalam hati rasa geram, tapi sayang tetap sayang. Dengan secebis SABAR yang masih ada, kami berhari raya seperti seorang jutawan. Bukan jutawan RM, tapi jutawan kasih sayang!

Masih mood Syawal kan? Selamat Hari Raya!! ;D

6 comments:

shogun_na said...

selamat hari raya buat kak syida sekeluarga.... seronok bila melihat Abil yg semakin terkawal...seperti Ammar, ada masa dtg 'peel' yg amat membimbangkan and most of the time, he will be fine kalau dapat tgok cerita kartun... Masih perlu dipantau,lagi2 ke rumah saudara....Ina pun meninjau rumah baru saudara faizal yg juga ada swimming pool, mujo di pujuk, dia menerima dan excited pulak tgok kolam yg ada ikan...Mujo kami singgah, boleh la atok tu pikir utk tmbh divider di keliling kolam bg mengelak knk2 yg excited meninjau ikan.... ;)

Syahida said...

salam aidilfitri ina,

Alhamdulillah, cabaran tetap ada. Tapi sbb dah bertahun2 mengadapnya, insyAllah kita belajar daripada pengalaman. Lagipun budak2 ni kalo 'disimpan' dalam rumah, tak ada maknanya juga. biar susah sekarang, insyAllah senang kemudian, kan?

hunny ida said...

as salam kak..sama cm anak ida..airiel..bila baca catatan akak sebijik cm tantrum airiel..hari nie br tahu dia ada mild autisme..tq atas catatan akak..jadi panduan buat ida melayan airiel yg br 2thn 7bln

Syahida said...

hunny ida, autisme & tantrum mmg sangat SINONIM. tapi ada jalan untuk mengawal dan mengurangkan tantrum tu insyAllah...syukur dapat juga bagi tips untuk ida..jgn malu berkongsi/bertanya ye...

hunny ida said...

akak..adakah betul tindakan ida membawa anak utk pemeriksaan yang pada mulanya ida rasakan dia ada hyperaktif sahaja.lps jumpa pakar, Dr maklumkan Airiel mild hyper n mild autisme..apa yang ida boleh lakukan di kala umur dia begini?adakah ida dah boleh mulakan sessi terapi cm yang akak buat utk Abil?playtime n tabletime?atau tunggu temujanji berikutnya pd bulan 1/2012 utk kepastian pakar?tq kak

Syahida said...

ida, tak perlu tggu kepastian daripada pakar. kalau nak buat terapi (swasta) bole start bila2 masa. nanti dorang akan buat assessment sendiri. kalau nak gunakan khidmat kerajaan baru perlukan surat pengesahan/dsbnya.
di rumah, banyakkan bermain dengan airiel...kalau dengan anak normal pun, playtime/tabletime tu sangat bermanfaat. since airiel masih kecil, byk gunakan toys/objek kegemaran dia utk tarik perhatian dia...mulakan sikit2, lama2 nanti okla insyallah.