Aug 22, 2011

Gotong-royong di dapur (episod 4)

Hasil gotong-royong di dapur Jumaat lepas. Roti lapis baryani. Tukang masak: encik Nas. Tukang sedia bahan: saya. Sedap. Resepi warisan. Bahan-bahannya agak simple. Tapi cara menyediakannya ala-ala nak buat kuih/kek lapis. Kena tunggu dan masak selapis demi selapis. Hanya mereka yang gigih dan rajin (macam encik Nas) saja boleh buat. Kalau suruh saya, surrender! hehe
5 bintang untuk Chef Nas.

Tahukah anda, diet GFCF sangat disyorkan untuk kanak-kanak autisme?
Nak tahu lebih lanjut, boleh baca sini.


Diet GFCF (Gluten Free, Casein Free) ini bukan mudah untuk diaplikasikan. Ia melibatkan kos dan komitmen yang agak tinggi. Saya sendiri tak pernah berjaya melakukannya secara sepenuhnya pada Abil. Cukup susah. Tapi ia bukan satu misi mustahil.

Keberkesanan diet ini juga bergantung pada individu. Majoriti yang berjaya melaksanakan diet ini 100% mendapati simptom-simptom autisme pada anak mereka berjaya dikurangkan dan 'dipulihkan'. Sebahagian kecil pula mendapati ianya tidak meninggalkan impak seperti yang diharapkan. Bagi saya, kalau mampu, tak salah mencuba. Belum cuba, belum tahu.

Antara kisah kejayaan berkaitan diet ini, boleh baca di sini dan sini. Saya salute dengan ibu-ibu yang berjaya melaksanakan diet ini pada anak-anak autisme mereka.


Ok. Selamat bergotong royong di dapur :)

10 comments:

Azma said...

lama x jalan2..dah sampai episod 4 ye.. :)

macam lasagna plak saya tgk. mmg salute la ngan En. Nas.. hubby saya..hmmm..mmg kalah teruk la bab masak2 ni..hehe..

good info syida. Good luck ye..

Syahida said...

salam Azma, mekasih menjengah lagi..

suami2 kita ni ada kelebihan & kekurangan masing2. en Nas terer di dapur, mungkin kurang bab lain pulak. nobody's perfect kan? yg penting mesti saling complete each other, eceh!

Diet GFCF tu saya tak terbuat2 lagi...teruk betul saya ni..huhu

Edi said...

saya pun tak berjaya nak buat GFCF diet tu kat faaeq.. give up la.. mcm2 takleh makan.. haha

Syahida said...

edi, kalau ada banyak alternatif & senang nak dapat + harga tak berapa mahal, ok je nak buat. lambat laun dorang ni makan je bila da lapar.

the thing is, susah betul nak replace food2 yg ada gluten/casein ni..tak semua tmpat ada jual + kos nya buleh tahan mahal.

anyways, ada je kawan2 yg berjaya praktikkan. i betul2 kagumlah. gigih+ rajin.

UmmuAhmads said...

Salam syahida,

Been reading your blog since my son was diagnosed with autism early this year...cuma silent reader...tak pernah komen. Lagipun I'm Edi's friend, satu sekolah menengah dgn edi dulu...:)
About GFCF ni memanglah agak susah, but I think boleh start slowly & gradually... yg lebih senang nak remove ialah casein... sebab yg ni hanya ada dlm susu je... Yg susah ialah gluten... Also, kalau yang rajin memasak kat rumah, tak perlu yg mahal rasanya... sebab kita kat msia most of the days makan nasi, bukan pasta, bread, cheese, etc. tu. Saya pun bab gluten tu belumlah dpt 100% berjaya... but I can see a lot of improvements already bila tukar diet my son... really worth it to try... Just my two cents...:)

Puteri Nuur At-Terawis said...

Kak,

Nak resepi pls :)

Syahida said...

UmmuAhmads,

thx for ur opinion. i do feel the same actually. saya pun rasa susah nak eliminate gluten. casein insyAllah ok. bila masuk bab kena pantangkan roti/biskut/cereal yg Abil suka..agak susah. also esp when it involves other family members, esp the siblings.

even reducing the amt of gluten & casein pun dah nampak kesan, inikan pulak kalo dapat remove 100%. teruk la saya ni..selalu byk alasan.

really appreciate ur comment. thx again!

Syahida said...

Put, gimme ur email ;)

Lenny said...

kak syidaaa... nak recipe!! nampak sangat dapppp!

Syahida said...

lenny, mmg SEDAP pun. nanti i pm u ;)