Aug 22, 2011

Kisah Abil, Bolt dan Ramadhan

dari google

Selepas kegilaan pada gorilla, Shrek dan Nemo, sekarang giliran Bolt pula. Sebenarnya ini bukan obsesi baru. Obsesi pada bolt pernah 'singgah' sekejap sekitar tahun lepas. Kemudian ia reda sendiri. Sejak seminggu lepas, Bolt 'menjengah' kembali. Rasanya Abil sudah muak dengan gorilla, Shrek dan Nemo. Saya padamkan segala movie berkaitan yang ada dalam komputernya. Dia mencari di YouTube pula. Sampai satu tahap, dia pun muak juga. Legaaa...

Tapi sekarang saya sudah mula sakit otak sakit kepala mendengar dialog-dialog Bolt. Yang dia paling SUKA ialah Rhino, watak
hamster dalam cerita ini. Kebetulannya, si Rhino ni memang sangat comel dan menggelejat kelakar. Paling kami tak tahan bila Abil meniru gaya dan skrip-skrip Rhino tak kira masa, tak kira waktu. Bagi kami yang faham ni, memangla kami layankan saja. Sambil senyum, sambil ketawa kami tengok Abil 'berlakon'. Kadang-kadang dengan bahasa-bahasa yang kami tak berapa nak faham tu, kami join sekaki. Ini salah satu cara berkesan untuk connect dan bergurau senda dengan Abil.

Ada masanya juga, kami tak galakkan Abil terus-terus berada dalam 'dunia' Bolt. Bukan apa, kalau dibiarkan tanpa kawalan, kami takut tabiat ni makin menjadi-jadi. Sekali sekala tengok memang la lawak dan comel. Tapi kalau dah selalu sangat, menyampah makin hilang comel itu. Apa lagi kalau Abil 'menjadi' Rhino di tempat awam, mesti orang sekeliling rasa 'pelik' dan pandang semacam. Saya memang dah lali. Abil sendiri pun tak kisah. Tapi situasi ni kurang sihat dan tak boleh dibiarkan.


jumpa di google

Ubatnya? Kena distract Abil selalu. Perlu sentiasa ada aktiviti selain membiarkan Abil menonton Bolt setiap saat. Nampak senang tapi susah. Cabarannya ialah, selain melayan Abil, saya dan suami ada 1001 aktiviti lain yang juga perlu priority. Biasanya sayalah yang kena jadi tukang layan. Sampai tak terlayan.hehe

Sepanjang Ramadhan juga, saya naik buntu memikirkan cara membuat Abil leka dan terus berpuasa. Terutamanya bila sudah keluar skrip-skrip ini, "Nak roti!". "Nak biskut!". "Nak air!". "Nak nasi!",. Ya, semuanya ada tanda !. Maklumlah, orang dah lapar. Selagi dia boleh tunggu sehingga had masanya, saya minta dia tunggu. Biasanya, dia cool sehingga jam 2 petang. Selepas jam 2, skrip-skrip ini akan kedengaran bertubi-tubi...haihh..

Komputer dan handphone saya juga sudah puas digodam. Ini juga antara sebab encik suami tak mahu tugas melayan Abil. Bimbang 'harta-harta'nya digodam juga. Kalau tak sabar, boleh migrain dan tak cukup stamina dibuatnya.

Mujurlah Ramadhan hanya sebulan. Bila bertugas menjaga dan melatih Abil berpuasa, sebulan itu satu cabaran. Tapi, hati kecil rasa sayu kerana Ramadhan akan 'pergi' tak lama lagi. Sebetulnya, saya masih belum puas dengan prestasi Ramadhan kali ini.

Mood menulis di blog pada hari-hari terakhir Ramadhan juga nampaknya makin tipis. Minggu ini, cuma fizikal saja masih di JB. Minda dan emosi saya sudah terbang jauhhhhhhh....hehehe.

Ok kawan-kawan. Selamat 'meredah' 7 hari terakhir. Saya lihat dah makin ramai yang ponteng puasa dan berhari raya lebih awal dari yang sepatutnya. Mudah-mudahan anda tak termasuk dalam statistik ini.

Salam hari Isnin! :) 


No comments: