Nov 20, 2011

Kakak Oh! kakak



N.u.r S.y.a.h.d.i.n.a



Ini bukan dedikasi harijadi. Sudah 6 hari terlewat pun. Entri ini sengaja saya tulis sebagai peringatan kepada saya. Nur Syahdina is a blessing.

Tanpa saya sedar, sebenarnya saya banyak 'mengorbankan' Dina untuk Abil. Terlalu banyak kalau saya nak sebutkan di sini. Syukur. Setakat ini, Dina memahami. Tak pernah saya tengok tanda-tanda dengki, iri hati, sakit hati, geram ataupun benci. Sebaliknya, yang sering saya lihat ialah empati, simpati, perhatian dan kasih sayang.

Bukan sengaja nak puji lebih-lebih. Tapi itulah realitinya. Dalam diam, saya musykil dan hairan. Yang pasti, saya kagum.



Bila Abil tak tahu, Dina ajar.

Bila Abil tak mahu, Dina tak paksa.

Bila Abil mahu, Dina mengalah.

Bila Abil menangis dan menjerit, Dina pujuk dan peluk.

Bila Abil berlari, Dina kejar.

Bila Abil berjaya, Dina tepuk dan sorak.



Sesekali saya lihat Dina terleka. Sesekali dia terlupa. Adatlah. Baru 10 tahun umurnya. Saya sebagai ibu pun, kadang-kadang cuai, selalu juga alpa.

Kak Dina punya cita-cita tinggi.

"Nanti dah besar, kak Dina nak jadi apa?" Nak jadi doktor. Nak jadi vet. Nak jadi cikgu. Banyak lagi. Sentiasa bertukar.

Ikut mood, ikut angin.

Kalau tanya saya, saya mahu dia jadi Occupational therapist, Speech therapist, pejuang Autisme, duta kanak-kanak istimewa. Tapi saya bukan Nur Syahdina. Pilihan di tangannya. Saya tak boleh paksa. Bukan saya juga yang tentukan. Allah lebih tahu :)



Salam hari Ahad!


14 comments:

Mahani@mama homeschool said...

lawa la kak dina ni;)

shogun_na said...

meremang membacanya....mengapa ianya meremang??kerana garapan ini lahir dari hati yg tulus sang ibu buat seorang anak yg begitu cool dan menyayangi adik2nya

7Nur said...

Mem,
Sorry, blog add tukar lagi! Hihihi:
disisi7nur@blogspot.com

Syahida said...

mahani, tk! mmg ramai yg puji tapi tuan punya diri selalu rendah diri, sy pun kadang2 tak faham..haihh..

Syahida said...

Ina, meremangkah?? wahh..takde apa2 yg spesel pun...straight from the heart kot :)

Syahida said...

cik puan Ira, tukar lagi?? bagi aku link penuh..senang aku nak visit :)

Marina Ariff said...

bagusnya ada si kakak yg memahami. Sayang kakak Dina....moga terus menjadi permata yg menyejukkan hati mamanya....

Khairani Bahaudin said...

Lawanya anak akak yang sorang ni...:) Moga jadi anak soleh ye Dina..

Syahida said...

k.marina, insyAllah...Amin! in reality, saya selalu 'panas' dengan dia..kadang2 kesian kt dia..tapi tulah, kna ingatkan diri sy selalu..she is indeed a blessing :)

Syahida said...

khairani, mekasih! Amin.

hannahsarah said...

Naluri seorang kakak...:) Anak sulung saya pun begitu. Walau ada masanya dialah yg kuat menyakat adiknya, namun sifat penyayang n pelindung terserlah..

Norsyahidah said...

omputih kata, blood is thicker than water..biasalah sakat menyakat tu, sayang tetap sayang, kan?

Azma said...

Bila baca kisah Dina, saya terbayang anak dara dara saya Jaja. Sama serupa sikap mereka.. Tersedu kejap membaca post Syeeda kali ni. Terasa saya banyak kali mengabaikan mereka (abg & kakak) kerana sibuk membesarkan hasif. Boleh jadi reminder buat saya. Thanx syeeda..

Syahida said...

ye ke Azma? Baguslah kalau Jaja pun ada semangat yg sama mcm dina...mmg itu pun yg sepatutnya...take care!