Nov 9, 2011

Bila Abil ke library

Library. Perpustakaan. Kalau di JB, memang sentiasa tak sempat. Bad time management. Nak seribu daya, tak hendak memang sentiasa tak berdaya hehe..

Alhamdulillah. Sampai juga kami ke perpustakaan baru di Shah Alam. Dulu, masa zaman gila-gila remaja, selalu juga ke perpustakaan Shah Alam (yang lama). Terima kasih untuk adik saya, Keen yang sudi jadi supir saya.


Jom layan gambar-gambar yang dah diperam 2-3 minggu..


Bahagian kanak-kanak. Penuh warna-warni. Cukup selesa. Mode santai. Banyak buku. Besar. Luas. Saya suka gabungan konsep perpustakaan dan playground. Sesungguhnya kanak-kanak dan bermain memang tak boleh dipisahkan. Tak percaya, tengok di bawah...


Anak-anak saya, terutamanya Abil buat macam rumah sendiri.
Nak marah pun tak jadi.
Kenapa?
Sebab kiri, kanan, depan, belakang,
kanak-kanak lain pun 2 x 5!
Selagi terkawal, saya tengokkan dari jauh.



Orang lain pergi library baca buku.
Bila Abil pergi library, dia guling-guling bawah pokok..hehe.



Muka penat,
selepas berkali-kali guling, panjat dan berlari dalam library.
Mujur la 'penat' masih ada dalam kamus hidup Abil.



Duduk-duduk main mata.



Selepas lebih kurang sejam setengah, kami pun pulang. Sebelum aksi-aksi anak-anak saya mencecah tahap mengganggu ketenteraman awam, lebih baiklah kami beredar dulu.

Bagaimanapun, saya tak serik. Nanti saya nak bawa anak-anak datang ke sini lagi.Sangat sesuai untuk memupuk minat suka membaca. Abil mungkin 'tak sempat' membaca pada lawatan kali ini. Tapi saya harap aura kawan-kawan yang membaca di sekeliling akan 'diserap' juga akhirnya.

15 comments:

shogun_na said...

bukan abil je nak berguling-guling, mak ngah pun terasa mcm best je kalau dpt guling-guling kat situ... Konsep library di shah alam nie patut menjadi contoh utk library-library di Malaysia nie...

Syahida said...

hehe...betul tu ina..seronok benar berguling kat situ..ya, harap2 dapat tmbh lagi library mcm ni seluruh msia. terbaek!

nuyin2u said...

nampak macam best je library JB ni

Syahida said...

oopss pembetulan,library shah alam.:) saya lum prnh smpai lagi library jb hehe

Umm Ummar said...

Org JB dh sampai ke sini? Me yg dekat seto'it pun x sampai2 lg. huhu..asyik plan je nak pegi tapi x jadi2..tu lah, selalu risau takut my hero kasi gegar itu library kesian org lain plk. hehe. byk pikir sgt mak dia ni kdg2

Syahida said...

ery, just go! the place is so child-friendly..it's a good exposure for the kids. by the way, org jb spesis kitorang ni mmg lebih suka jenjalan kat shah alam..hehe

Azma said...

aaaa....jelesnya..saya dah laam ajak encik somi ke sini. Tak lepas2 lagi. Syeeda yg duk jauh nun di sana pun dah smpai.. Harap2 cuti sek ni saya berjaya la sampai...huhu..

maya amir said...

kat dlm library tu mmg ade replika pokok ye? best tuhhhh... org beso pun excited nak baca buku dlm tempat budak2..hehehe..

Norsyahidah said...

Azma, pegi jangan tak pegi....rugiii kalo tak pegi..hehe

Norsyahidah said...

maya, mmg ada replika pokok BESAR kat situ..sangat best! kalau boleh nak guling2 sekali ngan abil hehe

Sevendays Fragrance said...

+ Sheeda, next time pi library shah alam, bagi tau... bley kita dating sesama.. +

7Nur said...

Beb, ni library yg sama sebelah muzium tu ke? wahhh.. dah lama tak pergi. Nak bawak puteri2 ke sana juga lah nanti!

add blog baru:
disisi7nur.blogspot.com

hehehe. aku mana bukak fb sgt now, beb!

7Nur said...

Beb, ni library yg sama sebelah muzium tu ke? wahhh.. dah lama tak pergi. Nak bawak puteri2 ke sana juga lah nanti!

add blog baru:
disisi7nur.blogspot.com

hehehe. aku mana bukak fb sgt now, beb!

Syahida said...

ALong, insyAllah..kalau ada plan nak pegi lagi, aku kasitau awal2

Syahida said...

Ira, yg sebelah muzium tu library lama..x sure lak samada masih beroperasi ke tak..yg ini lib baru.dekat s13..best!