Jan 4, 2012

Rutin lama, Rutin baru

Sesi 2012. Hari pertama ke sekolah. Sekejap saja masa berlalu.

Pagi ini, bermula lagi rutin bangun jam 5.30 pagi. Tugas supir saya bermula jam 6.30 pagi. Hantar kak Dina. Hantar Abil. Balik ke rumah, jam sudah hampir pukul 8. Kejut Zarif. Mandikan, suapkan makan. Hantar pula Zarif ke kindy jam 8.30 pagi. Lebih kurang jam 8.45 pagi, tugas supir (shif pagi) selesai. Alhamdulillah, anak-anak selamat sampai ke sekolah. Saya selamat kembali ke rumah.

Lebih kurang jam 12 tengahari nanti, sambung shif tengahari pula.

Malam tadi, masing-masing teruja mencuba pakaian baru, kasut baru, botol air baru dan beg baru. Walaupun tak semuanya 'baru', sebab bersemangat nak ke sekolah, yang 'lama' pun macam 'baru'.

Pagi ini, masing-masing cukup senang dikejut bangun. Sekali gerak, semua dah buka mata. Dengan senyum, dengan tawa. Cukup ceria.

Hari pertama, begitulah. Kita tunggu, esok lusa, minggu depan, bulan depan dan seterusnya, masih adakah senyum-senyum itu? Masih adakah semangat baru itu? Masih terujakah bangun pagi dan bersiap ke sekolah?

Oh ya, ini tahun ketiga Abil di kelas Pendidikan Khas. Saya masih simpan angan-angan untuk memberinya peluang pendidikan secara inklusif. Harap-harap ada rezeki dan peluangnya suatu hari nanti.





Selamat kembali ke sekolah!

4 comments:

shogun_na said...

selamat kembali ke sekolah buat anak2 nasrurridzwan (betul kah ejaannya?) dan kak syida. Mudah2an semangat itu berterusan hendaknya.

Ammar dan farzana masih sama,same routine cuma bila Ammar masuk darjah 1 baru lah nmpk impaknya.

Syahida said...

mekasih ina!

tahun ni, tiga2 sek pagi (termasuk Zarif). kalau x pagi2 lepak ngan Zarif. la ni, lepak sorang2 depan TV..yeay!! hehe

Edi said...

salam happy new year syida!
seronok tgk budak2 tu punyer gambar.. bila tengok abil tu, rase x sabar sgt nak tunggu faaeq besar mcm abil.. moga2 tahun ni byk improvements lagi utk anak2 kita ya, amin.. take care.

Syahida said...

salam edi!
happy new year!!
yes, more improvements coming, insyallah...u take care too!