Feb 28, 2012

ABM kasih sayang

ABM? Alat Bantu Mengajar.

ABM kasih sayang? Ya, penuh kasih sayang. Harap-harap 'hasilnya' berbaloi.



Ok. Saya tak mahu berceloteh panjang. Laminator saya dah lama bersawang. Dua tiga hari ini, saya aktif semula membuat ABM. Itu pun sebab Abil sudah mula bosan dengan rutin belajarnya. Kena buat sedikit pembaharuan dan juga upgrading.


Flash cards 40-60. Ya, saya ajar numbers dalam Bahasa Inggeris.
Lebih serasi untuk Abil kerana sebutannya lebih ringkas.
Dia sudah kenal angka 0-39 dengan agak baik. Saya teruskan lagi ke angka 60.
Target 2012, kenal sehingga 100.


Count & Matching.
Abil sudah mahir mengira objek dari 1-10. Saya mahu dia lebih cekap mengira objek dalam kuantiti yang lebih banyak. Target 2012, mengira sehingga 50.
Oh ya, dia sangat suka matching. Saya buat 3 keping file folders (dua kertas A4 dilaminate, dicantum dengan selotape) untuk aktiviti mengira. Gunakan white board marker.
Boleh dipadam dan diguna berkali-kali.


Ini ABM lama. Abil sudah 'kenal' hari Isnin-Ahad. Masih belum faham 100%. Tapi setakat ini, saya tunjukkan board ini padanya setiap hari. Dia sudah hafal ejaannya, cuma dalam proses memahami konsep hari dan waktu.


Yang ini ABM baru. Versi bahasa Inggeris.
Oleh kerana dia sudah 'fasih' dengan hari Isnin-Ahad dalam Bahasa Melayu.
Saya rasa ini masa yang sesuai untuk mengajarnya
Monday-Sunday
.


Saya sudah mula memperkenalkan kalendar kepada Abil sejak tahun lepas. Tapi masih belum konsisten. 

Flash cards January-December untuk Abil 'kenal lebih rapat' dengan bulan-bulan dalam kalendar.


Dulu, saya selalu fikir, susahnya nak ajar anak sendiri. Macam-macam alasan bermain di kepala. Sekarang, saya lihat anak saya selesa belajar dengan saya. 'Selesa' itu tidak datang secara automatik. Berbulan-bulan dan bertahun-tahun juga kami belajar memahami rentak masing-masing. Cabaran tetap ada, hingga ke hari ini. Tapi, alah bisa tegal biasa.

Bermula dengan sesi belajar 5-10 minit pada umurnya 4 tahun. Sekarang, Abil sudah boleh belajar dengan saya sehingga sejam. Saya tak pernah sempat nak buat sesi lebih panjang. Kalau ada peluang, masa dan kudrat, sudah tentu boleh dibuat sehingga 2 ke 3 jam. Tapi ingat, dengan anak autisme & ADHD (hiperaktif), kena bagi breaktime selalu. Setiap 15-20 minit, saya beri Abil 'rehat' 5 minit. Kemudian, sambung...


Ok. entri sudah habis. Salam Selasa!

2 comments:

Zuraida Rahim said...

Suka tgk ibu2 mengajar anak sendiri. Saya pun dlm proses belajar untuk mengajar anak sendiri. Kadang2 mudah hilang sabar ngan kerenah anak2..

Norsyahidah said...

Salam Zuraida, bab hilang sabar tu memang selalu berlaku..tp bila masing2 dah faham dengan 'perangai' masing2, insyAllah dengan sendirinya drama hilang sabar tu akan hilang, atau sekurang2nya berkurang.

sbnrnya bila kita mengajar anak2 kita, kita pun sama2 belajar dari mereka. momen bersama anak2 ni sangat berharga..omputih kata, priceless! hehe