Mar 15, 2012

Bila Abil jumpa doktor


Dia cukup susah ke doktor. Makan ubat tiada masalah. Tapi berjumpa doktor memang banyak masalah. Seingat saya, Abil tidak ada pengalaman pahit sepanjang berjumpa doktor. Mungkin juga dia asyik teringat saat-saat dia di-inject semasa di sekolah (umur 7 tahun). Ya, mungkin juga. Tapi dia memang cukup susah diperiksa oleh doktor sejak kecil.

Saya perhatikan setiap kali berjumpa doktor, Abil sangat conscious apabila doktor cuba menyentuh mana-mana bahagian badannya, terutama bahagian mulut dan dada. Hmm..mungkin sensorinya terlalu sensitif. Disentuh sedikit, gelinya lebih. Dipegang sedikit, 'sakitnya' lebih. Mungkin. Saya pun hanya boleh assume sahaja.

Semalam, kami ke PPUM untuk temujanji doktor. Kalau dulu, temujanjinya setiap 3 ke 4 bulan sekali. Sejak setahun dua kebelakangan ini, kami hanya perlu datang setiap 6 bulan ke setahun sekali. Temujanji sekadar untuk update perkembangan terkini Abil dan juga pemeriksaan kesihatannya.

Setiap kali kami datang, doktornya berbeza-beza. Doktor yang bertugas biasanya akan membaca rekod-rekodnya dan tahu sikit sebanyak tentang Abil. Menariknya kali ini, doktor yang bertugas sangat sweet, peramah dan sangat prihatin. Doktor-doktor sebelum ini pun ok, kali ini lebih ok daripada biasa. hehe


Hampir sejam juga kami berbual-bual. Sebelum masuk ke bilik rawatan, saya lihat ramai pesakit menunggu di luar. Selepas saya keluar, kawasan menunggu sudah hampir kosong. Hmmm....

Doktor: So, sekarang Nurhan Nabil sudah boleh mandi dan makan sendiri?
saya: Sikit-sikit doktor. Boleh makan sendiri tapi agak slow dan susah nak tunggu hingga makanan habis. Mungkin sebab fokus dan attention span masih kurang. Mandi pun masih berbantu. Dia boleh buat sendiri tapi saya kena bagi arahan di luar.

Doktor: Dia ke sekolah? Sudah boleh membaca dan menulis?Mengira? Speech macamana?
saya: Dia ke kelas pendidikan khas. Sesi terapinya (SI dan OT), 3 kali seminggu. Sudah boleh membaca, terutamanya Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris yang asas saja. Saya sedang usahakan supaya dia cekap membaca BM, baru saya polish kemahiran membaca BI. Dia sudah kenal nombor sehingga 40. Sudah boleh buat operasi menambah. Tapi masih belum betul-betul mahir. Operasi tolak belum lagi. Tentang speech, dia boleh sebut sehingga 3 patah perkataan. Tapi lebih suka menyebut sepatah dua saja.

Doktor: Dia selalu tantrum?
saya: Sekarang sudah jarang berbanding dulu. Tapi sesekali kalau dia tantrum, ada juga insiden mencederakan diri sendiri. Biasanya kami biar dia reda sendiri. Kalau perlu, kami peluk atau pegang dia dari belakang supaya dia tak terus mencederakan dirinya.

Begitulah lebih kurang perbualan saya dengan doktor. Ada banyak lagi soalan. Banyak juga jawapan. Tapi cukuplah setakat ini saja ya. Sempat juga doktor minta Abil membaca buku dan bersoal jawab dengan Abil.

Saya disarankan doktor supaya berusaha lebih keras untuk merangsang speech Abil. Baik doktor. Usaha akan diteruskan!

Oh ya, sepanjang berada di bilik rawatan, Abil cukup 'alergik' mendengar perkataan doktor, walaupun ketika saya memanggil dan membahasakan 'doktor' ketika berbual. "Ma, stop!, berkali-kali dia menyebut. Akhirnya, doktor tersebut meminta saya menyebut 'auntie'. Bila diperiksa, Abil bagi kerjasama baik. Markah penuh untuk Abil. Kerjasama paling baik saya pernah lihat. Langsung tak membantah bila diminta buka mulut dan diperiksa dada dan badan. Saya hanya senyum di belakang.

Hari ini, bila saya menyebut perkataan 'doktor', tiada lagi skrip "Stop!" Hmm..saya jadi hairan. Tak macam biasa. Mungkin penangan doktor yang super duper sweet semalam. Harap-harap biarlah kekal begitu.

Ok kawan-kawan. Jumpa lagi!


5 comments:

smsaroni said...

Bagus Abil...saya berdebar juga sbb hujung tahun ni bercadang nak sunatkan Syahmi...semoga dipermudahkan...

shogun_na said...

Ammar masih lagi takut dengan perkataan doktor...Doktor bagi dia yg cabut gigi dia sampai berdarah2 mulut... Hummm.... ;( Makan ubat ada lah sesuatu perkara yang sangat sukar utk Ammar.... Surrender...sudahnya, kalau Ammar sakit, saya terpksa biar tanpa diberi ubat...once a while bagi ubat homeopati...

shogun_na said...

Bagus Abil...Keep it up!

syida said...

en samsul, kami pun bercadang nk sunatkan abil tahun ni insyAllah..

syida said...

ina, masa kecik2 abil pun ssh makan ubat..Alhamdulillah, makin besar, makin faham, makin senang. tapi kalau demam kuat atau sakit teruk, mmg dilema sbb bila bawak ke doktor, mmg doktor takleh nak check dia..

sbb tu kna sentiasa amik supplemen supaya jarang sakit..