Apr 20, 2012

Hari Sedih sedunia (episod 2)

Sudah seminggu dia pergi.

Sebetulnya, saya tidak mahu menulis entri tentang 'dia'.  
Saya sebak.  Saya sedih.

Terlalu banyak perkara yang mengingatkan saya kepadanya. 

Dia atuk perempuan saya. 
Allahyarhamah Hajjah Mahbubah bt Hj Bustani.  

Atuk bukan sekadar seorang nenek. 
 Dia jugalah 'ibu'. 
Dia adalah segala-galanya buat saya, abang dan adik-adik.

Waktu mak saya keluar bekerja, dialah yang menjaga dan membesarkan kami. 

Saya makan dan minum air tangannya.

Dari kecil hingga dewasa, dia peluk saya. 
Dia cium saya. Dia doakan saya. 

Ya Tuhan, ampunkanlah dosa-dosanya. Kurniakanlah rahmat buatnya.

Terlalu banyak jasanya pada kami.  
Setiap keringat dan air matanya yang telah tumpah kerana kami akan saya hargai, tak akan saya lupa, sampai bila-bila.

Al Fatihah :'(





4 comments:

ibuhebat said...

Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh Atuk.. ingat lagi dulu2 kalau pergi rumah akak mesti arwah ada .. peramah orangnya..

syida said...

yati,

mudah2an insyAllah..siapa2 yang pernah & selalu datang rumah kami,mmg akan ingat pada Atuk.

Jom kita sama2 sedekah Al fatihah untuk Atuk selalu ye..

maya amir said...

sorry dear.. kite tak tau, baru sempat nak BW.. sorry to hear that dear..Al-Fatihah.. moga Allah tempatkan arwah di kalangan org2 yg beriman..amin

syida said...

Amin Ya Rabb...thanx for the doa Maya..