May 7, 2012

Bila Abil belajar 3M (episod 3)





Semalam Abil belajar mengira.  Sekitar jam 8 malam, dia sedang main iPad. Saya panggil dia, "Abil, jom belajar..". Tanpa menyahut, dia letak iPad-nya di atas meja, kemudian perlahan-lahan datang ke arah saya. Saya pun terus minta dia duduk bersila di depan 'meja jepun' yang saya sediakan.  

Melihatnya begitu, saya tersenyum sendiri. Betapa anak saya sudah jauh berubah.  Saya masih ingat lagi dulu, bagaimana saya dan dia sama-sama struggle untuk buat sesi 'ulangkaji' bersama. Bukan senang untuk sampai ke tahap ini.  Dulu, setiap kali sesi belajar, saya terpaksa peluk dan riba dia di pangkuan saya. Selalunya, dia menangis sepanjang 15-30 minit sesi. Menangis dengan air mata berjurai-jurai, bukan menangis sikit-sikit.  Kadang-kadang, siap meronta-ronta.  Saya stres. Dia juga stres. Tapi saya teruskan juga walaupun terpaksa memegang tangannya untuk bantu dia menulis.  Saya pegang tangannya untuk 'paksa' dia mewarna. Saya peluk dia kuat-kuat untuk latih dia mengikut arahan.  

Alhamdulillah, sekarang, dengan sekali panggil dia datang.  Dalam hati ada $$$. Saya rasa macam seorang jutawan. hehe

Sambil saya flashback dan tersengih-sengih seorang diri, saya beri dia latihan pada papan putih mini.  Saya tak mahu dia bosan menulis di atas kertas dan buku. Saya juga tahu dia suka pegang pen marker.  Jadi saya ikutkan rentaknya.

Soalan-soalan operasi tambah yang ringkas dan asas saya berikan padanya. Untuk mengelakkan sebarang tekanan (saya tak mahu lagi sesi belajar kami stres macam dulu), hanya dua atau tiga soalan saya berikan pada setiap round. Secara keseluruhan, Abil buat lebih kurang 4 round pengiraan semalam. Ada satu dua kesalahan kecil. 

Bagaimanapun, saya lebih dari puas hati sebab semuanya dia kira sendiri. Saya hanya bagi soalan, kemudian duduk dan perhati. Sebelum ini, segala-galanya mesti ditunjukkan.  Berkali-kali juga saya guide dan prompt. Waktu itu, dia masih belum faham konsep menambah.  Saya gunakan objek juga untuk meningkatkan kefahamannya.  

Konsep ini memang terlalu asas. Bagi kanak-kanak lain, mungkin ambil masa sekejap saja untuk terus faham dan mahir.  Tapi anak autisme seperti Abil mempunyai cara berfikir yang berbeza.  Persepsi mereka juga lain daripada kita.  Nombor pula bukanlah kegemarannya, berbanding huruf dan abjad.

Lega. Gembira. Itulah perasaan saya semalam. Anak saya Nurhan Nabil sudah faham dan tahu untuk menambah nombor 1 digit tapi perasaannya seperti dia sudah mahir mengira soalan-soalan algebra Matematik Tambahan haha.  Ya, apa saja yang membabitkan Abil, perasaannya memang over

Selepas ini, banyak lagi yang perlu diajar. Menambah angka 2 digit, 3 digit, 4 digit dan seterusnya. Erk, memikirkan tentang itu saja sudah buat saya pening.  Migrain mungkin. 

Abil juga sudah mula belajar operasi tolak.  Tapi masih belum mahir.  Sedikit masa lagi insyAllah.

Ok. Tuan-tuan dan puan-puan, saya kena berhenti di sini.  Komitmen lain sudah memanggil-manggil :)

Untuk ibu-ibu/guru-guru yang berminat mencari bahan-bahan untuk speech therapy, bolehlah klik di sini (kredit untuk rakan yang berkongsi di Autisme Malaysia).

Salam Isnin!

4 comments:

shogun_na said...

well done Abil!
Kak syida,U r the BEST MOM!

syida said...

ina, tq!

best mom? BELUM lagi kot..still trying hard to be one :)

ieda said...

seronok kan bila tgk peningkatan anak2 istimewa ni..
bab kira2 ni pd saya mmg penting sb bila besar nanti mereka akan berdepan dgn kewangan yg org suka sgt nak ambil kesempatan.

syida said...

ieda,

mmg seronok...tak terkata! hehe
kemahiran 3M mmg penting. paling tidak pun kena tahu yang asas. kalau tidak ssh nanti..kan?