Jul 27, 2012

Bila Abil berpuasa (edisi 1433)


Jumaat. 27 Julai 2012. 7 Ramadhan 1433.

Syukur. Dapat lagi peluang berpuasa tahun ini.

Personally, saya sebenarnya rasa agak 'cuak' dan berdebar-debar dengan kedatangan Ramadhan tahun ni. Kenapa? Sebab saya risau saya tak cukup kuat melatih anak saya (terutamanya Abil) untuk berpuasa sekali lagi tahun ini. Saya cukup takut sebenarnya. Abil makin dewasa. Tahun ini sudah 9 tahun umurnya. Sudah berkhatan pula. Saya rasa agak tertekan.

Tapi, bila difikir-fikirkan semula. Melatih anak berpuasa bukanlah satu 'perlumbaan'. Tidak bermakna kita boleh bersikap sambil lewa. Tapi, kita harus realistik dengan kemampuan dan keadaan anak-anak. Yang penting, praktis dan terus praktis. Peluang untuk mencuba harus diberikan. Seboleh-bolehnya, tiada paksaan.

Setakat ini, sudah dua hari Abil (dan Zarif) berbuka puasa bersama-sama kami di waktu Maghrib. Pengalaman pertama untuk Abil berpuasa sehari penuh ialah pada 3 Ramadhan yang lepas. Ya, hari Isnin. Menitis juga air mata saya. Tak dapat nak ditahan-tahan. Tak sangka dia berjaya melakukannya. Pengalaman yang cukup mahal (bagi saya).

Berpuasa. Menahan diri daripada rasa lapar dan dahaga.

Mudah untuk kita faham. Tapi untuk Abil, mungkin pemahaman itu masih belum 'sampai' padanya. Yang saya lihat, belum 100%. Mungkin tahun ini, kefahamannya tentang puasa sudah meningkat kepada 70-80%.

Dia masih mahu mengambil biskut-biskutnya sekitar jam 2-3. Kadang-kadang, jam10 pagi dia sudah mencari-cari kudapan kegemarannya. hehe

Tapi, setiap kali itulah, saya akan berkata "Tunggu, Abil puasa. Tunggu ya.."

Kadang-kadang dia hanya diam dan patuh. Kadang-kadang dia tersengih dan senyum sebab cubaannya untuk makan telah gagal. hehe

Paling saya kagum, tidak sekalipun dia mengamuk atau menangis kerana sudah terlalu lapar dan tidak boleh tunggu lagi. Seingat saya, dia hanya merengek sedikit ketika tinggal 5 minit lagi untuk azan Maghrib berkumandang. Saya peluk Abil kuat-kuat dan minta dia menunggu sedikit lagi.

"Ma, lambat lagi ke petang?"
"Ma, dah pukul berapa?"
"Ma, bila nak buka.."
"Ma, lapar......"
"Ma, haus....."

Skrip-skrip ini tidak kedengaran dari Abil. Ya, sekarang seringkali ia diulang-ulang oleh Zarif (kadang-kadang setiap 2-3 minit). Dulu, kak Dina yang selalu tanyakan soalan-soalan itu. Alhamdulillah, sekarang Dina sudah sedikit 'macho'. hehe

Abil hanya akan terus capai biskut dan serah pada saya (minta dibukakan tin/bekas/plastik), tanpa suara. Saya pula, hanya mampu memujuk dan memujuk. Selebihnya, dia leka bermain ipad atau komputer. Pada hari pertama dia berpuasa penuh, saya tanyakan apa yang dia mahu untuk berbuka. Pendek saja jawapannya, "nak piza!". Dan permintaannya dipenuhi, kami berbuka dengan Dominos Pizza petang itu. hehe

Walaupun sudah 7 Ramadhan dan Abil (serta Zarif) baru berpuasa penuh untuk 2 hari, setiap hari mereka juga sama berlapar dan dahaga sehingga sekurang-kurangnya jam 3 atau 4 petang. Macam saya kata tadi, praktis tetap praktis.

Tips untuk anda jika mahu melatih anak-anak berpuasa, mulakan perlahan-lahan. Jangan letakkan target yang terlalu tinggi. Ikut juga rentak anak. Kalau dia ok, teruskan berpuasa. Kalau tak ok, cubalah pujuk cara baik. Tawarkan reward dan biar mereka buat keputusan sendiri.

Bagi saya, setiap anak berbeza-beza. Kemampuan dan tahap pemikiran mereka tidak sama. Tapi, melatih berpuasa itu perlu. Lebih penting lagi, melatih mereka solat. Kalau mahu bersolat, insyAllah puasa tak akan jadi masalah.

Oh ya, jangan lupa berdoa ya. Ramadhan bulan mulia, insyAllah dimakbulkan segala permintaan. #self-reminder



Minit-minit terakhir sebelum berbuka. Mode termenung.

Setia dengan bantal busuknya.

Kali kedua menunggu berbuka waktu Maghrib, tangan sudah mencapai sudu.
Tapi masih boleh kawal diri.hehe


Ini sparring partner Abil berpuasa.
Tengoklah tu, macam tak makan 10 hari. haha

Ok. Cerita sudah habis. Jumpa lagi.




Kepada peserta Peraduan Barbie Flower N Flutter, keputusan akan diumumkan dalam masa seminggu dua. Sebarang update dari pihak penaja, akan diberitahu kepada anda.


6 comments:

shogun_na said...

Bagus Abil dn mamanye...

smsaroni said...

Belum diwajibkan ke atas mereka....kita hanya melatih....jangan memaksa hingga pingsan si anak.....ckit2 lama-lama nanti penuhlah sebulan...insyaAllah

syida said...

ina, Abil & Zarif yang bagusnya..mak bg sokongan moral aje ;p

syida said...

en samsul, mmg betul tu..jgn paksa2 nnti anak pengsan lagi susahhh, ye x?
sy ikutkan je rentak dorang, nampak ok..saya folo..hehe

maya amir said...

yeayyy.. good boy abil!!!!:)
takpe, lame2 tu nanti die akan biasa berpuasa..

syida said...

tq aunty maya!

tak sangka dia berjaya posa sehari penuh this year. so far, dah dapat 7 hari. Harap2 kekal stamina sampai abis ramadhan insyAllah..