Jul 1, 2012

Bila Abil melawat sekolah

26 Jun 2012.

Kami sekeluarga ke sekolah kak Dina untuk sesi perjumpaan ibu bapa dan guru. Sekaligus, ambil report card selepas ujian pertengahan tahun tempoh hari.

Seperti biasa, prestasi kak Dina di sekolah memang baik. Kak Dina hanya perlu berusaha lebih lagi untuk meningkatkan prestasi.


Ini bukan kali pertama kami ke sekolah Dina. Bagaimanapun, Abil jarang berpeluang ke sekolah kakak. Tahun-tahun sebelumnya, setiap kali kami hadir ke sekolah Dina sempena Hari Terbuka Sekolah, Abil tidak dapat ikut sama kerana bersekolah. Kali ini, saya bawa Abil bersama kerana kebetulan dia bercuti (batuk yang agak teruk).

Jom layan visual. Aksi-aksi Dina, Abil dan Zarif di sekolah.



oh ya, gambar di atas tu, replika penjara. Menarik kan? hehe

Tahun depan adalah tahun terakhir Dina bersekolah di sini. Sekejap lama sudah 5 tahun belajar di situ. Bila melawat sekolah, saya jadi rindu pada zaman sekolah dulu. Senang hati, seronok, buat aktiviti, melompat dengan kawan-kawan. hehe

Nostalgia bukan?

ok. Cerita sudah habis. Bersambung lain kali.

Take care!

No comments: