Aug 6, 2012

Bila Abil berpuasa - Di Sebalik Tabir (edisi 1433)

Bila Abil berpuasa (edisi 1433)
Isnin. 17 Ramadhan.

Dah pun masuk hari ke-17 berpuasa. Rekod peribadi Abil dan Zarif pula, sudah 8 hari berpuasa penuh setakat ini. Sebetulnya, target saya untuk mereka sudah tercapai.

Apa target saya? Sekadar mahu mereka bertahan puasa sehingga jam5 atau 6 petang tahun ini. Ya, memang nampak seperti sasaran yang 'rendah'. Saya sekadar meletakkan sasaran yang realistik dan bukan bombastik. Lagipun, seperti yang saya sebut sebelum ini, tiada paksaan. Saya cuma ikut rentak mereka. Kalau boleh bertahan sehingga maghrib, Alhamdulillah. Kalau tak mampu, tak apa. Cuma, saya seboleh-bolehnya 'melarang' mereka berbuka sebelum jam 3-4 petang kerana itu adalah rekod terbaik mereka tahun lepas. Sekurang-kurangnya, mereka harus maintain rekod peribadi mereka.

Saya tahu anak-anak lain jauh lebih hebat. Ada yang sudah berpuasa penuh seawal umur 3 atau 4 tahun. Ada yang cukup 30 hari berpuasa walaupun baru 5 tahun. Syabas! Saya tumpang bangga.

Setiap kanak-kanak berbeza. Pencapaian anak-anak saya (Abil dan Zarif) setakat ini sudah cukup membanggakan. Target saya (untuk mereka) sudah berjaya dicapai. Puas hati, tapi boleh improve lagi. Sekarang, saya terfikir nak up-kan sasaran ke 15 hari berpuasa penuh pula. #mode tamak haloba. haha

Oh ya, Kak Dina sudah dalam 'liga' yang berbeza. Kemampuannya berpuasa tak perlu disangkal lagi. InsyAllah, akan berpuasa penuh sehingga penghujung Ramadhan.

Di sebalik tabir;
  • Bila masuk jam 5-6 petang, Abil dan Zarif akan mula mundar-mandir keluar masuk dapur. Setiap 5 minit. Kadang-kadang Abil buka dan tutup pintu fridge. Senyap. Tanpa suara. Sesekali saya lihat dia cuba 'mengikis' ais pada bahagian freezer dan suap ke mulut. Bila saya sergah, dia lari pecut! haha
  • Selepas Abil gagal mengawal diri daripada mengunyah biskut secara diam-diam di dalam bilik, saya dan suami terpaksa lancarkan Ops sorok biskut. Semua tin-tin dan bekas biskut dikutip dan terpaksa disembunyikan.
  • Sekitar minggu lepas, Abil menangis sebab nampak roti croissant kegemarannya di dapur. Mulanya dia ok. Waktu itu, jam sudah pukul 5 lebih. " Nak croissant! nak croissant!" berkali-kali dia menjerit. Berjurai-jurai air mata. Dipujuk pun tak jalan. Saya cuba minta dia bertahan. Kesian juga. Tapi sebab saya tak mahu dia ulang 'taktik' yang sama untuk berbuka di kemudian hari, saya cuba pujuk dan minta dia bertahan. Croissant diberi sebagai reward ketika berbuka. Esoknya, saya 'rehat'kan Abil dan zarif dari berpuasa penuh, mereka sekadar berpuasa separuh hari untuk elakkan tragedi 'mengamuk' lagi.


imej google

Memang sedap roti ni, kalau cecah air milo/teh panas, perghhh..
  • Abil memang belum pandai mengadu lapar. Tapi, kalau dia lapar, dia terus request. Nak air. Nak roti. Nak biskut. Nak pizza. kfc! Semua skrip keluar. haha.Kalau Zarif pulak, ini antara skrip comelnya. "Perut adik ni dah berbunyi 15x dah...." dengan muka seposen. "Perut adik ni macam sakitlah...." Hmm..."Adik ni dah puasa berapa jam, ma?" berkali-kali dia bertanya, dengan harapan dapat green light untuk berbuka. haha

Berbanding kak Dina dulu, hero-hero saya ni agak kurang 'drama'nya. Masa kak Dina sebaya Abil dan Zarif
dulu, banyak sungguh drama airmata. hehe

  • Menu berbuka kegemaran Abil, pizza dan ayam goreng. Kalau boleh setiap hari nak pizza. Ikut demand-nya, setiap hari mesti ada ayam goreng. haishh..
  • Masa berbuka pula, kami biasanya on-kan siaran radio Best104. Setiap kali sebelum azan dan doa berbuka berkumandang, siren akan diperdengarkan. Bila siren di radio mula berbunyi, secara spontan Abil akan tersengih sampai ke telinga dan senyum meleret. Priceless! (harap maaf, tiada bahan bukti sebab dah sibuk nak berbuka, tak sempat nak snap gambar lagi dah.. hehe)
Sebenarnya, banyak lagi kisah menarik. Tapi, setakat ni sajalah yang mampu saya recall dari memori. InsyAllah, ada masa dan peluang, saya kongsikan lagi.
Ramadhan masih berbaki lebih kurang 2 minggu lagi. 

Selamat meneruskan ibadah puasa.
Solat jangan lupa! :)



Gambar berpuasa hari ini. Leka dengan iPad.
Nampak tak katalog Domino Pizza di dada Abil? hehe.

H.A.B.I.S

6 comments:

shogun_na said...

okla tu.. ammar sy sruh beria2..tp bla dia bgun tdo...mandi dan sruh dia bfast...then sy pesan yg dia sdg berpuasa....tghari dia xmkn tp bila tea time....1bskut dn 1gelas air milo akn dimkn...xpela..bru 5thn...yg sy target skrg solat.. ;)

shogun_na said...

okla tu.. ammar sy sruh beria2..tp bla dia bgun tdo...mandi dan sruh dia bfast...then sy pesan yg dia sdg berpuasa....tghari dia xmkn tp bila tea time....1bskut dn 1gelas air milo akn dimkn...xpela..bru 5thn...yg sy target skrg solat.. ;)

syida said...

ina, awal2 ni, time bfast dia tu boleh dianggap sahur.x kisahla kalau lewat pun, baru nak praktis2 je pun, kan? xpe..baru 5 thn, masih boleh kompromi.kalo dah 7 tahun ke atas, baru boleh start strict sikit..and yes, priority utk belajar solat dulu..keep it up ammar & ina.. :)

ibuhebat said...

Alhamdulillah.. Ok la tu. Pecah rekod sendiri lagi baik.. Agaknya anak lelaki mmg camtu kot kak..less drama. Sy xtau la kan xde heroin lagik. Hihi

syida said...

yati, bior depa compete ngn diri sndiri, mak pun kurang stres hehe.Next year, leh la target tggi sikit, ye x? boys kurang leleh. kalo gegirl, huhu..air mata terlebih2 hehe

syida said...
This comment has been removed by a blog administrator.