Aug 10, 2012

Bila Abil masuk kelas tuisyen (episod 2)

Bila Abil masuk kelas tuisyen

Dah lama Abil tak join kelas tuisyen saya. Sebenarnya,saya memang jarang 'inklusif'kan anak-anak saya dalam kelas tuisyen. Dulu, ada juga kak Dina dan Zarif masuk kelas saya. Itu pun setakat untuk buat homework mereka secara independent. Saya memang tak boleh nak fokus pada anak-anak semasa kelas sebab anak-anak tuisyen saya lebih memerlukan. Lagipun, saya dibayar untuk mengajar anak-anak tuisyen ni. So, tak bolehlah lepas tangan.hehe

Anyway, baru-baru ni, saya terpaksa 'inklusif'kan Abil ke dalam kelas saya sebab bila disuruh siapkan homework dalam bilik dengan kak Dina, kerjanya tak siap. Dia tak mahu buat.

Terpaksalah saya bawa dia duduk dan buat homework bersama saya di dalam kelas. Alhamdulillah, duduk diam untuk tempoh 15-20 minit memang tak jadi masalah untuk Abil sekarang. Duduk diam melebihi 30 minit mungkin masih mencabar untuknya, tapi kurang daripada itu, insyAllah boleh.

So, Abil pun buatlah homework-nya dalam kelas saya. Sambil menulis, dia humming, dia menyanyi, sesekali dia echolalia skrip-skrip yang biasa didengarnya. Kalau dilihat dengan mata kasar, seolah-olah macam Abil bercakap sorang-soranglah.

Saya dan anak-anak serta ahli keluarga yang lain memang dah 'masak' dengan habit Abil ni. Murid-murid tusyen yang dah lama bersama saya pun, nampaknya ok. Sesekali mereka gelak bila dengar Abil bercakap 'bahasa jermannya' dan menyanyi ala-ala karaoke dalam bilik mandi.hehe

Bila mereka ketawa, saya tahu mereka ketawa ikhlas, ketawa kerana lucu, bukan mengejek. Tapi ada juga seorang dua (murid baru) yang 'merenung' Abil (macam tengok alien). Lalu, saya tegur dan terangkan dengan baik. Mungkin mereka kurang expose pada kanak-kanak macam Abil.

Setakat ni, dah 3x saya ajak Abil buat homework dalam kelas tuisyen. Itu pun sekejap saja. Abil masih belum bersedia untuk di'inklusif'kan selama 1 jam 15 minit. Nampaknya selepas 2-3x join kelas tuisyen, dia nampak makin selesa. Tiada komunikasi antara dia dan murid saya. Tapi saya suka tengok dia senyum-senyum depan kelas sambil buat homework tanpa banyak karenah.

Thumbs up untuk Abil :))

Ok. Jom tengok gambar!


Tengoklah tu...tekun!

Dah mula sengih-sengih sebab tau saya ambil gambarnya ;p

haha ketawa sudah...

Siap menulis, dia terus masukkan bukunya dalam beg sekolah dan cabut lari masuk bilik dengan HAPPY.

Oh my Abil!


No comments: