Sep 7, 2012

Bila Zarif berkata-kata (episod 3)


imej dari google



Kelmarin. Balik dari tadika. Di dalam kereta,

Zarif: Ma, tadi kat sekolah kan, kawan adik ni, 'Ali' (bukan nama sebenar) suka nak tengok kat luar tingkap. Sikit-sikit pegi tengok kat tingkap.

Saya: Oh ye ke? (sambil memandu)

Zarif: A ah. Dia suka tengok lama-lama. Macam abanglah, 'Ali' tu.

Saya: Oh ye? (terkejut, dan memberi lebih perhatian pada perbualan)

Zarif: Ya Ma. Adik rasa 'Ali' tu autisme-lah! (dengan penuh confident)

Saya: Iye?? hahahaha (terkejut lagi, sambil cuba control ketawa ).

Ok. First of all, saya ketawa dengan ayat dan ekspresi muka Zarif yang sangat comel ketika mengeluarkan statement bahawa rakannya ada autisme.

Kedua, saya ketawa kerana tak sangka, anak saya yang baru berumur 6 tahun ini sudah ada 'radar' autisme dan peka pada ciri-ciri autisme yang dilihatnya pada kawan-kawan dan individu lain di sekeliling.

Waktu itu juga, saya teringat kepada soalan Zarif yang sering ditanya kepada saya; "Ma, autisme tu apa?" "Ma, autisme tu macamana?" "Ma, kenapa abang ada autisme?"

Percaya atau tidak, walaupun setiap kali dia bertanya, saya menjawab secara terang, jelas dan menggunakan bahasa yang difahaminya, hampir setiap hari juga, dia akan bertanya dan bertanya lagi. Soalan yang sama. Macam iklan burung murai. hehe (ingat lagi tak, iklan hari raya petronas tu?)

Hmm, saya suka bila anak-anak saya bertanya dan mahu ambil tahu tentang autisme. Saya sendiri hanya tahu tentangnya pada umur 20-an. Saya sangat kagum bila kak Dina dan Zarif bercakap tentang autisme. Sesuatu yang langsung tidak saya ketahui pada umur sebaya mereka dahulu.

Berbalik pada statement Zarif tentang kawannya, 'Ali' tadi, saya tahu kenapa dia berkata demikian. Tanggapannya, tabiat 'Ali' yang suka melihat ke luar tingkap, termenung, memandang ke arah sesuatu berlama-lamaan dan seolah-olah berada di dunianya sendiri itu, sama seperti yang dilihatnya pada Abil.

Kemudian, sikap 'Ali' yang tidak fokus ketika belajar, sebaliknya hanya mahu melihat ke luar tingkap (pasti ada yang menarik perhatiannya di situ), sama seperti Abil yang mempunyai attention span yang pendek, kadangkala sukar fokus dan mudah distracted dengan objek/perkara di sekelilingnya.

Bagaimanapun, saya bertanya dan menerangkan juga kepadanya bahawa jika sekiranya 'Ali' boleh berbual, bermain, menjawab soalan, memberi respon dan berinteraksi dengan kawan-kawan dan cikgu, besar kemungkinan, 'Ali' tidak ada masalah autisme, seperti yang disangkakan. hehe

Kalau anda nak tahu, tabiat dan perangai individu Autisme, sebenarnya tidak jauh berbeza daripada individu tipikal (bukan autisme). Cuma, bersosial, berkomunikasi, berinteraksi, berbual dan bergaul adalah masalah ketara yang mereka hadapi. Masalah ini bagaimanapun, boleh diatasi dengan intervensi awal dan bantuan daripada ibubapa, ahli keluarga dan guru sejak usia kanak-kanak lagi.

Mahu tahu lebih lanjut tentang autisme? Boleh baca di sini dan sini.



Salam Jumaat.

Jumpa lagi!

2 comments:

Zach's Momma said...

Selamat Hari Raya dan salam perkenalan dari mama Zach :)

Pandai Zarif! Nanti besar boleh jadi doctor kanak2 yer :D

syahida said...

Salam perkenalan Mama Zach :)

doktor kanak2? Amiin!