Dec 13, 2012

Hari Terakhir




Cuti sekolah dah berbaki lebih kurang dua minggu saja lagi. Tapi untuk Nurhan Zarif, cutinya baru bermula hari ini. Ya, hari ini hari terakhirnya di kindy. Sekejap saja tiga tahun berlalu.

Tiga tahun? Zarif ke kindy sejak umurnya empat tahun. Alhamdulillah, rezekinya. Objektif asal saya menghantarnya sejak umur itu supaya dia belajar bercakap. Ya, Zarif ada sedikit masalah speech delay. Tapi, dia bukan anak autisme. Hanya lewat perkembangan bercakap. 

Hari-hari awalnya di kindy, dia baru boleh menyebut beberapa perkataan. Masa itu, kebanyakan sebutannya pelat, tapi masalah ini tak begitu kronik.

Selepas 3 tahun di kindy, dia sudah sangat PETAH. Suka dan rajin baca buku. Perkembangan akademiknya  baik. Saya puas hati. Syukur. Cuma kena polish bab mengaji dan solat.

Saya pilih kindy ini sebab ia hampir dengan rumah kami. Tiada alasan lain. Bukan kerana ia berjenama atau popular. Perkembangan Zarif juga bukan semata-mata kerana kindy itu mahupun usaha kami di rumah. Ia kombinasi kedua-duanya.

Bagi saya, kalau anak-anak menerima pendedahan sewajarnya daripada semua pihak, insyaAllah mereka akan membesar dengan sihat dan positif.

Tengahari tadi, saya yang emosi. haha

Tapi tidaklah sampai menangis kat pintu kindy tu.hehe over tau...

Rasa terharu. Akhirnya mamat kenit ni dah nak masuk darjah satu. Cepatnya masa berlalu..

Oh ya, Sabtu ini konsert-nya yang terakhir bakal berlangsung. (Flashback: Konserto di Dewan Mawar)

Satu saja yang saya risaukan, Abil. Harap-harap dia boleh tolerate duduk di dalam dewan sehingga konsert selesai. Tahun ini kami kena tunggu sehingga ke penghujung konsert sebab Zarif akan naik pentas untuk 'graduasi'. hehe

Ok. Nak gi minum teh O panas. Salam :)

No comments: