Jan 20, 2013

Cerita hari Sabtu

Siaran tertunda lagi. 

Salam. Semua sihat? Seharian hujan di tempat saya. #modedudukbawahselimut 

Tak banyak aktiviti saya dan anak-anak hari ini. Selain mendobi, kemudian ke kelas piano kak Dina, kami lepak-lepak saja di rumah. Malam tadi, sempat pulak menonton Harry Porter   7 (Part 1&2) di Astro. 

Esok hari Ahad. Hmm...Kenapa pulak kami esok ye? Minggu lepas, kami jalan-jalan makan angin di Danga Bay. Minggu sebelumnya, kami bersiar-siar tepi pantai Lido. Untuk esok, saya sudah tak ada idea.haha

Semuanya bergantung juga pada keadaan cuaca. Apa pun, sempena mengaktifkan mode hari Ahad, saya kongsikan gambar-gambar kami Ahad lepas. 


Petang Ahad yang mendung (baru lepas hujan), minggu lepas. 

#kaki shot. hehe
Seronok pulak amik shot macam ni. 


Macam kat oversea la pulak (konon).

FYI, Danga Bay sekarang sudah tak se-menarik dulu. Bagaimanapun, kami masih boleh enjoy pemandangan cantik di laut waktu senja. #Subhanallah

Saya sempat tanya suami saya, kapal-kapal dalam gambar tu dipakai atau buat hiasan saja? Suami saya kata, entahlaaaa. haha *musykil 

Ok. Masa untuk tidur. Esok nak sambung kerja-kerja mendobi. Jangan lupa ya, hari Ahad adalah hari outing bersama keluarga/kawan-kawan. Jangan dok memerap je dalam rumah.hehe

Lebih baik lagi, elakkan 'bersiar-siar' di pusat membeli belah. Jadikan outing anda 'mesra poket' dan mesra alam. hehe

Esok lusa saya nak kongsi cerita anak-anak ke dentist. Tunggu ye!

dari facebook

No comments: