Jan 18, 2013

Jumaat yang gembira! (episod 4)




Sudah Jumaat. #Alhamdulillah

Seperti biasa, saya bangun jam 5 pagi untuk menyiapkan bekal makan anak-anak, sekaligus menguruskan dan menghantar anak-anak ke sekolah. Hari ini, menu roti telur. Ya, hanya dua bekas yang kelihatan dalam gambar sebab Abil tak makan telur. So, dia tak suka dan tak makan roti telur. Kebetulan, setiap Jumaat adalah hari Abil makan di kantin (i.e. tak bawa bekal ke sekolah).  Jadi, saya ambil kesempatan setiap Jumaat untuk bekalkan kak Dina dan Zarif menu kegemaran mereka berdua yang tak sesuai dengan selera Abil. Atas permintaan Zarif, hari ini menu roti telur.

Bangun pagi pada hari Jumaat, lain semangatnya. Lebih teruja dan lebih bertenaga sebab esok cuti. haha

Kadang-kadang, anak-anak ada aktiviti di sekolah pada hari Sabtu. Tapi, semangat pada hari Jumaat masih semangat 'esok cuti'. hehe

Ok. Ringkas saja kisahnya pagi ini. Bukan nak kongsi resepi roti telur atau menu bekal anak-anak saya untuk seminggu, sekadar nak mengajak anda semua bersyukur pada hari ini. Bak kata orang putih, count your blessings.

Nak tahu apa hadiah paling berharga yang anak-anak bagi pada saya setiap kali balik dari sekolah? Bekal makanan yang habis licin dimakan. Setiap kali mereka serahkan ini pada saya, saya SUKA HATI, rasanya lebih best daripada dapat handbag coach yang sekian lama dalam wishlist saya. (konon hehe)

Ok. Saya kongsikan di sini bahan bacaan online saya pagi ini;


Sekian, hari Jumaat adalah hari yang gembira! :D

dari Instagram

5 comments:

ibuhebat said...

haha.. betul kak! kalau balik tgk bekal tak abis.. pastu citer beli makanan kat kantin, rasa frustnyaa.. huhu. roti telur ni pun antara faveret bekal anak2 saya.. kadang boh cheese kepit 2 roti, kadang buat sosej roll.. tp mesti nak celup telur jugak.

Farahliza Isa said...

sedapnyer...nk buat roti telur la balik nanti..hahaha

syida said...

yati--> tau takpe. kalau bekal x abis, rasa macam nak terjun bangunan pun ada. haha

farah--> roti telur sempoi je. masterchef cam awak, sure lg hebat menunya :) I wish I hv ur cooking talent!

airis aries said...

Mang sedap klu anak2 yang makan,klu mak apak nyer yg makan kompom x smpai 5 saat..lalalala

syida said...

airis--> mak apak sekali ngap..abiss hehe.