Jan 16, 2013

Di Sebalik Jubah (episod 2)



dari google


Alhamdulillah. Ada beberapa kemajuan (kecil) pada Abil dan Zarif dalam proses mereka belajar solat. Kemajuan 'kecil' yang besar maknanya untuk saya, terutamanya untuk Abil yang biasanya memerlukan masa yang lebih panjang untuk menguasai sesuatu.

Mengambil wudhu'.

Dua-dua sudah pandai ambil wudhu' secara tertib. Zarif sudah hafal niat wudhu'. Abil, belum lagi. Kalau dibiarkan ambil wudhu' sendiri, Abil terutamanya, akan ambil wudhu' stail 'P.Ramlee' (ada ke? hehe)

Dia selalu nak cepat. Semuanya mahu ekspres. Patutnya basuh tangan hingga ke siku. Dia basuh hingga ke pertengahan lengan saja. Basuh muka pun kadang-kadang muka tak basah (macam mana tu? haha). Basuh kaki pula tak sampai buku lali. Zarif lebih baik bab ini. Boleh dibiarkan ambil wudhu' sendiri. Abil? masih perlu diperhati.

Membaca Iqamah

Mereka berdua sudah hafal dan boleh qamat apabila disuruh. Cuma, Abil masih perlu dibantu untuk memulakan. Dia tahu tapi masih belum independent. Kami perlu prompt dia supaya dia qamat sehingga selesai.Zarif pula suka qamat dengan suara yang agak perlahan. Perlu sentiasa diingat supaya kuatkan suara.

Membaca niat untuk setiap solat

Zarif sudah ok. Tahu bilangan rakaat dan niat untuk setiap solat. Tak ada masalah. Abil? Sudah boleh membaca niat (tapi suka membacanya laju, terburu-buru) dan masih perlu guide kerana dia belum dapat membezakan setiap solat. Bilangan rakaat juga belum lagi. Walaupun sudah boleh berniat dan bersolat, konsep solat masih belum difahaminya 100% dan setakat ini, Abil lebih banyak meniru. Solat sendiri? Belum lagi untuk Abil.

Bacaan dalam sembahyang

Zarif sudah boleh membaca surah Al-fatihan dan 3 Qul. Kemudian, bacaan ruku' dan sujud juga sudah dihafalnya. Bagaimanapun, Abil masih belum menguasai bahagian ini. Sudah boleh membaca surah Al-Fatihah tapi bacaannya tenggelam timbul.Abil juga boleh membaca bacaan ruku' dan sujud tapi bila bersolat, dia masih belum boleh praktis sendiri.

Pergerakan solat

Sejak belajar cara bersolat yang betul, kualiti solat Zarif nampaknya sudah improved. InsyaAllah sikit masa lagi sudah boleh jadi imam hehe. Untuk Abil, dia tidak bermasalah untuk meniru setiap pergerakan ketika kami bersolat jemaah dan boleh mengawal diri untuk sentiasa berada di saf-nya. Bagaimanapun, fokus masih menjadi satu masalah. Dia sudah tahu setiap pergerakan ketika solat jadi selalunya, dia akan mendahului imam haha. Bila saya berjemaah dengan anak-anak, memang saya pun jadi kurang khusyuk sebab tengok karenahnya di saf depan saya. Macam-macam ada ;p

Kak Dina? InsyaAllah tak ada masalah. Pesan saya dan ayahnya selalu, 'Solat cukup 5 waktu'.

Banyak lagi nak kena ajar ni, baca tahiyat, doa qunut, surah-surah lazim, doa selepas solat. Fuhh, pelan-pelan kayuh, insyaAllah.

Ok. Hampir-hampir misi sehari 1 entri tidak tercapai hari ini. *mode bz


dari facebook #reminder2self

Alhamdulillah. Jom tidur :)

2 comments:

shogun_na said...

Ammar pun begitu...perlu rajin mengajak diri solat bersama-sama. Memandangkan gigi depan banyak tak ada, jadi sebutan mmg menjadi masalah...tak berapa jelas...

syida said...

hahaha takpelah..mula2 pelat, lama2 nnti betul la sebutannya tu..Ammar pun kecik lg. abang abil & zarif yg lg besar dari Ammar pun tak perfect lg grammar ngaji.hehe