Jan 15, 2013

Kisah si Nurhan (episod 3)


Ok. Sudah lebih kurang 10 hari mamat ni masuk Darjah satu.

Oleh kerana pagi ini saya kering idea, jom walk down memory lane sebentar bersama Nurhan Zarif.

Yes, time flies. Rasa macam baru semalam, si Nurhan berada di kindy-nya buat kali terakhir. Tangguh punya tangguh, peram dan peram, akhirnya entri ini sudah outdated. hehe

Better late than never.

Seperti biasa, majlis graduasi tadika wajib ada persembahan daripada kanak-kanak comel. Nurhan Zarif tak terkecuali. Dapat naik pentas lagi tahun 2012. Nampaknya aura malu sudah banyak berkurang dari tahun-tahun lepas. Zarif terlibat dalam persembahan choral speaking. Penat saya layan dia praktis di rumah siang malam. haha




Oh ya, dia terselit di belakang. Dengan saiznya yang sangat comel itu, berhempas pulas saya nak shoot gambarnya. Selepas persembahan, Zarif bersiap sedia untuk ambil scroll pula. Bertuah anak-anak zaman sekarang. Dolu-dolu, tak ada pun, kan?




Di akhir upacara graduasi, mereka menyanyikan lagu perpisahan beramai-ramai. Saya yang emosi waktu ini.haha

Handsome!

h.a.b.i.s

Salam Selasa. Bersyukurlah sentiasa :)

dari facebook

2 comments:

ibuhebat said...

alahai comelnya zarif.. ingat lagi kite peknen sama2 dulu. hehe..

syida said...

hehehe itu kisah 7 tahun dulu. lama dah kan? lps tu awak dok mengandung, akak lak lum ada rezki lagi. Doakan akak eh :)