Jan 14, 2013

Senyumlah! (episod 3)


dari google

 Bila cerita pasal senyum, saya teringat pada seorang jiran saya. Berumur dalam lingkungan 40-an, ada 3 orang anak dan hitam manis orangnya. Average-looking but very pleasant. Dia sangat sweet dan juga nampak muda 10 tahun dari usia sebenar. 

Setiap kali saya jumpa dia, dia sentiasa senyum. Ya, dia sangat kerap senyum. Tak pernah tengok dia masam mencuka. Mungkin itu rahsianya. ^^

Senyuman Ibu Bapa, Terapi untuk Anak

Hati dan fikiran yang positif akan membantu menghasilkan emosi yang positif.  Emosi positif sebenarnya sangat mempengaruhi perkembangan anak-anak, walaupun sekadar satu senyuman.

Kasih sayang dan perhatian ibu bapa adalah terapi untuk anak-anak.

Pada perspektif anak-anak, jika ibu bapa senyum, tandanya mereka suka dan sayang. Jika masam dan serius, maknanya tidak suka dan marah. Punca dan sebab tidak suka dan marah itu, tidak mereka (anak-anak) ketahui atau fahami.

Bila ibu bapa selalu memberikan reaksi negatif (melalui mimik muka) pada anak-anak seperti menjeling, meninggi suara dan mengeluh, keadaan ini akan di'program'kan dalam minda bawah sedarnya. Apabila keadaan yang sama berulang, mereka akan melakukan reaksi yang sama, membentak, mengeluh, tidak berpuas hati, menengking dan marah.

Sebaliknya, jika ibu bapa selalu menunjukkan emosi positif, tersenyum dan ceria dalam apa jua keadaan, anak-anak rasa dihargai dan disayangi. Secara tidak langsung, mereka juga di'program'kan dengan aura positif tersebut dan kesannya dapat dilihat pada perwatakan mereka yang ceria dan sentiasa bersemangat.

Mengawal emosi adalah faktor kritikal dalam proses mendidik dan membesarkan anak-anak. Jika anak-anak dimarahi atau anda tertinggi suara, pujukan dan penjelasan adalah cara yang terbaik dan perlu dilakukan segera.

**sumber: Nurul Asiah Fasehah Muhammad, Mingguan Wanita, 11-17 Januari 2013.


Artikel yang menarik.

Senyuman. Perkara mudah yang sering dipandang remeh. Namun, auranya sangat positif dan bermakna. 

Masih ingat pada entri ini? Sangat berkait rapat dengan isu senyum ni :)

Ibu bapa adalah cermin anak-anak. Sikap dan karenah ibu bapa (atau penjaga), sedikit sebanyak akan 'terpantul' pada anak-anak. Suka atau tidak, itulah hakikatnya.

Saya sudah lihat sendiri situasi ini pada anak-anak saya. Tapi itulah, dalam keadaan tenang, tak susah mengawal emosi. Masih boleh senyum, walaupun kadang-kadang kelat dan ketat. haha

Dalam keadaan yang haru-biru. Semuanya jadi kelabu. Nak senyum pun dah tak mampu. huhuhu

Bagaimanapun, kalau kita (ibubapa/penjaga/guru) buat silap (naik suara, tertengking dan tak mampu kawal perasaan), tak salah untuk kita minta maaf pada anak-anak. Jangan hanya minta maaf saja, kena berazam untuk tidak ulangi lagi. 

Kita sama-sama usaha ye. Kita biasakan yang baik. InsyaAllah, lama-lama yang negatif akan terus hilang. Yang positif, 'automatik' akan jadi amalan. #remindertoself

dari Instagram

Bercakap dan sebut hanya yang baik-baik belaka. Senyum selalu!

Jumpa esok! :)

No comments: