Jan 27, 2013

Jalan-jalan Cari Makan (episod 2)


Lokasi: Kedai Makan Rahmat, Kg Pasir Putih, JB.

Kami dah beberapa kali ke sini. Menunya masakan kampung, kedainya pun biasa saja, tak ada deko extravaganza dan sebagainya, cuma aura makan-makan tepi laut tu yang best! hehe

Sambil makan, sambil tengok laut, bot, awan dan layan bunyi ombak. Masa kami ke sana tempoh hari, bunyi ombaknya agak kuat, padahal ombak kecik aje. Anak-anak dah mula takut haha. Abil pulak bila tengok ombak, dia sebut, "Dah basah..basah!" haha

Berduyun-duyun orang datang makan ke sini, terutamanya orang Singapura. Waktu buka: 10 pagi-3 petang, sekejap saja. Kalau anda dah muak dengan fast food, indoor restaurant, air-cond dan rindukan masakan kampung, meh la ke kedai makan Rahmat ni. Highly recommended!
Baru lepas order, tunggu makanan sampai.
Berebut-rebut semua nak duduk tepi sebab nak tengok laut. hehe



Nampak objek-objek warna biru atas air tu?
Kata ayah mertua saya, itu tempat mereka ternak kupang & lala, betulkah?

Ada bot, kapal. Lari kejap dari hutan batu & 'lautan' kereta.

Gambar menu/juadah? Hehe. Bila makanan sampai, saya tak toleh kiri kanan dah. #mode lapo. Apapun, menu di sini agak standard. Kami makan nasi putih, lauk ikan siakap goreng (yang sangat fresh dan sedap, dihidangkan panas-panas) dan sambal kicap, kobis masak lemak, sambal goreng kacang dan tempe, rendang daging dan se-jag air sirap (favourite Abil). Lain kali kalau ke sini lagi, saya snap gambar makanannya ya :)

Dah hari Ahad. #Alhamdulillah!



dari facebook

No comments: