Jan 25, 2013

Let's Paint! (episod 2)

Semalam, saya dan anak-anak buat poster. Temanya, Maulidur Rasul.  Sebenarnya, saya saja cari alasan untuk bagi anak-anak main water colour. Dah lama kami tak comot-comot main water colour.hehe

Saya sediakan template poster. Kemudian, anak-anak warnakan. Saya gunakan manila kad, bukan kertas lukisan. Sebab, saya tahu anak-anak, kalau main water colour, tak ingat dunia haha. Kertas lukisan agak nipis bagi saya. So, dengan manila kad, insyaAllah kalau pun sedikit over dengan warna air, tak jadi masalah.


Abil mula mewarna dengan krayon.

Bersemangat :)

Poster Abil, Rukun Iman ke4 Percaya Kepada Rasul.
Tengoklah tu, yang atas kemas, bila dah hujung-hujung, hancuss.hehe

Dah siap dengan krayon, mula dengan water colour.

Tekun.

Poster kak Dina, I Love Rasulullah saw.

Siap dengan poster, Abil tak berganjak, masih nak main water colour. So, saya terus capai sekeping lagi kad manila, lukis corak abstrak dan dia pun sambung lagi mewarna. Dia sangat suka!

Colourful! tapi comot. hehe

 Kak Dina punya :)

Abil's masterpiece :)

Ya habibi, Ya Rasulullah. Adik Zarif punya :)

Saya suka semua! Anda bagaimana?

Nanti saya sambung cerita tentang aktiviti kami semalam,
Jalan-jalan Cari Makan & Makan Angin.

Tunggu ya!


No comments: