Feb 7, 2013

Idea bidan terjun (episod 4)



Idea bidan terjun (episod 3)

Semalam, saya bagi Abil latihan dot-to-dot. Latihan yang agak relaks untuk bagi Abil ulangkaji nombor dan juga praktis fokus. Sebenarnya, printables untuk latihan sebegini, anda boleh google saja. Sangat banyak pilihan. Tapi, kerana saya tak sempat nak google dan print bagai, saya pun tulis tangan aje. Tak ada tema/gambar tertentu pun. Memang 100% idea bidan terjun.hehe

Mula-mula, dot-to-dot dari nombor 1 hingga 35. Ada beberapa kesalahan (tengok gambar di bawah). Breaktime 2 minit untuk Abil dan kemudian, saya panggil semula untuk latihan seterusnya.







Kali ini, dari nombor 1-40. Masih ada kesilapan. Ada fokus, tapi tidak 100%. Di peringkat awal, ok. Bila dah cecah ke nombor di hujung-hujung, agaknya Abil nak cepat dan main cantum saja beberapa nombor (yang salah). Latihan diteruskan selepas 2 minit rehat.




Latihan ketiga, nombor 1-45. Kami guna kertas A4 jadi agak sukar nak tambah bilangan nombor. Nampaknya, lebih banyak kesalahan. Konsentrasi sudah mula hilangkah? Lepas ni, saya nak buat latihan ini pada kertas mahjung. Lebih besar dan boleh buat sehingga angka 100. 

Anda boleh print saja latihan sebegini di sini ---> printactivities.com

Baru tiga latihan, belum cukup. Saya tambah lagi dengan latihan mewarna mengikut bentuk (shapes). Abil sudah mahir dengan warna dan bentuk. Objektif saya sekadar melatihnya berdikari (buat latihan sendiri tanpa bimbingan) dan sekali lagi, fokus.



Khusyuk.



Kemudian, sambung sedikit lagi dengan mewarna mengikut saiz dan bentuk (gambar di bawah). Untuk latihan terakhir ini, nampaknya Abil dah mula hilang fokus. Bunga-bunga tantrum sudah kelihatan haha. Saya teruskan juga walaupun dia sudah merengek-rengek sehinggalah kerjanya selesai.



Adik Zarif setia duduk sebelah Abil (gambar di atas). Nak tahu apa yang dia buat? Tengok gambar di bawah. Cerita di sebalik gambar? Kalau saya nak cerita, sampai esok tak habis haha.
Salam Khamis. Take care!



No comments: