Mar 29, 2013

Bila Abil membaca

Alhamdulillah. Abil dah boleh membaca.
Bagaimana dia belajar? Saya gunakan set Bacalah Anakku (visual di bawah).
Ia bukan satu proses belajar yang mudah. But we did it! Syukur.

*serba sikit kisah Abil belajar membaca. Klik SINI dan SINI.*

kredit: google


Dari semasa ke semasa, saya selalu ajak dia membaca dengan saya.
Kalau dibiarkan dia membaca sendiri, dia lebih enjoy 'membaca' gambar-gambar.
Dengan saya, Abil praktis membaca dengan suara.
Read aloud (bak kata orang putih).

Biasanya, dia membaca dengan agak perlahan.
Juga, agak susah nak ajak Abil membaca sehingga habis satu buku.
Abil cepat hilang fokus. Cukup 3-5 mukasurat dia berhenti.
Selain itu, walaupun dia sudah boleh membaca.
Dia lebih suka membaca buku yang mana sukukatanya ditulis dengan warna yang berlainan.
Kiranya, dia prefer buku untuk beginners.
Sabo ajelah anakku.

Kelmarin, saya ajak Abil membaca buku ini 'Anak Ayam Lapar'.
Ada 12 mukasurat. Tulisannya saiz sederhana. Perenggannya tak terlalu panjang.
Sukukatanya semua se-warna.
So, bukan untuk beginners.
Sedang-sedang elok Abil praktis dan maju setapak lagi.


Saya sempat rakamkan video Abil membaca mukasurat 4 dan 5.
(Klik video di bawah)

m.s 4

m.s 5




Maaf kualiti gambar agak 'kureng'. Tukang rakam: kak Dina.

Masih membaca dengan suara perlahan. Sesekali suara dikuatkan bila ditegur.
Intonasi membaca masih perlu diperbaiki.
Perkataan yang melebihi dua sukukata, masih belum lancar.
Contoh (dari video): 'terlupa', 'bolehkah'

Apa pun, it's a progress!Dia membaca sehingga selesai 12 mukasurat.
Dia tidak restless sepanjang membaca.
Dia boleh membaca perkataan-perkataan se-warna dengan agak baik.
(tak perlu lagi buku-buku dengan sukukata yang diwarnakan berbeza,
macam ini--> SELESAI)


We will definitely pratise more, kan Abil?



kredit: Instagram


Moral of the story: Kids with autism can learn.

Sumber inspirasi (baca di bawah)
kredit: facebook

Baca lebih lanjut di sini --> Harian Metro


Terima kasih kerana membaca :))

2 comments:

SUwithlove said...

Kudos to super mom! Bukan kerja mudah... Need full support from the whole family kan?

syida said...

teaching special kids mmg challenging. Not easy but someone's gotta do it :)

psst, me no supermom. (takut ngan title tu) ;p