Mar 29, 2013

Oh! Zarif, Oh! Siput



Kisah Zarif dan siputnya pernah saya ceritakan sebelum ini.
Boleh baca di sini ----> Bila Zarif berkata-kata (episod 5)

Ok. Siputnya yang lepas, cuma mampu bertahan tak sampai 48 jam.

Lepas siput yang itu 'pergi', puas juga Zarif cari siput baru. Tapi tak berjumpa.
Kesian.

Dua hari lepas, dia kutip siput lagi. Kali ini, dapat dua ekor.
Siput-siput ni, saiznya hanya sebesar ibu jari.
Ya, comel aje.
Saya rasa, ia juga bukan spesis siput 'ibab'. Wallahua'lam.
(kena tanya pakar siput untuk kepastian. haha)

"Ma, kenapa siput ni tak nak keluar dari shell dia?"
Dia malu kot. "Kenapa dia malu?"
Entah, takut agaknya. "Dia takut apa?"
"Apa benda hitam yang keluar dari badan dia tu?"

Adoyaii, penat saya nak jawab. haha
Mak pun bukannya pandai sangat bab-bab haiwan dan siput ni.
Jom la kita sama-sama google Zarif oiii..

Close up sang siput.




Paling best bila saya tunjuk siput pada Abil.

Abil ni apa? "Snail!" Terang dia menjawab.
Saya sengih sampai dahi (oppps!).
Tak sia-sia dok membelek buku binatang ye Abil. hehehe

Hari ini hari Jumaat.
Jangan lupa sedekah. Banyakkan selawat.

No comments: