Mar 28, 2013

Cuti Oh! Cuti

Sekejap saja dah Khamis.
Cuti sekolah berbaki 4 hari saja lagi. sigh~

So,
apa aktiviti masa cuti?
Not much.
Balik rumah mak. Pergi kenduri kahwin. Pergi playground.

Tak dapat berjalan jauh. Tiada program mandi manda. No hotels. 
BUT, our cuti is still fun!

Kak Dina ada latihan pancaragam sekolah, setiap hari bermula Selasa lepas.
Jadi, kami pun santai-santai di rumah dan kawasan berdekatan saja.



Dikelilingi pokok-pokok hijau rendang. Fresh!



Zarif baru pandai bergayut di monkey bar.
So sekarang ni, itulah aktiviti kegemarannya di playground. 
Gayut. Gayut. Gayut!

Abang Abil sudah 'otai' bab bergayut ni.
Alhamdulillah, kemahiran motor kasarnya perfect!FYI, bergayut dan semua aktiviti fizikal di padang adalah senaman yang bagus untuk otak.



Kadang-kadang, kami sekadar berjalan saja.
Jalan. Jalan. Jalan.


Menurut kajian, 10 000 langkah sehari boleh...
-mengurangkan risiko nyanyuk, sakit jantung dan strok.
-mencegah depresi/stres, obesiti, osteoporosis, diabetes dan tekanan darah tinggi.
-membina stamina dan meningkatkan imuniti badan (terhadap penyakit).
-mengurangkan kadar kolestrol dan peratus lemak pada tubuh.
-membuang toksin dalam badan
(minum sekurang-kurangnya 500ml air sebelum berjalan dan pastikan anda berpeluh semasa berjalan).
(sumber: SINI)


BAGUS berjalan ni.
Banyakkan berjalan dimana-mana saja.
Shopping mall, padang, sekolah, tempat kerja, di rumah.
Oh yes, saya dah masukkan threadmill dalam wishlist saya. hehe



Selain berjalan, apa lagi yang kami buat di taman/playground?
Kutip batu. Baling batu (ke dalam tasik). Tengok ini. Tengok itu.
Pegang ini. Pegang itu.
Macam-macam.hehe



Menghabiskan masa dengan anak-anak, tak perlu yang mahal.
Banyak aktiviti yang kita boleh lakukan secara percuma atau kos minima.
Nak, tak nak je. kannn?





(flashback) Jalan-jalan di Melaka, naik beca. Awal tahun ini.
*nak pergi Melaka lagi. haishh*




dari facebook

No comments: